I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Tuesday 6 November 2012

Firaun Ramses II


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Proses pengawetan mumia dilakukan dengan penuh teliti. Topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu.

Pada tahun 1975, pemerintah Perancis telah membuat tawaran kepada kerajaan Mesir bagi membuat kajian ke atas mumia Firaun Ramses II yang terkenal. Pasukan pakar dan saintis yang di ketuai oleh pakar bedah dan autopsi terkenal Perancis iaitu Profesor Dr Maurice Bucaille. Beliau adalah juga doktor peribadi bagi keluarga di raja dan pemimpin negara Arab Saudi.

Dr Maurice secara peribadi amat berminat untuk mengetahui punca kematian Firaun yang terkenal itu. Satu perkara lagi yang menabjubkan beliau ialah bagaimana mayat Firaun ini masih tersimpan elok malah lebih baik daripada mumia firaun yang lain. Semasa membuat kajian, beliau telah menemui saki bakit garam pada tubuh mumia tersebut.Oleh itu, Dr Maurice pun mengeluarkan laporan berdasarkan pandangan beliau mengenai penemuan yang hebat ini dengan menyatakan bahawa mayat Firaun telah meninggal akibat lemas di laut dan telah mengalami proses membalsem (pengawetan) sebaik sahaja lemas di dalam laut tersebut.


Profesor Dr Maurice Bucaille @ Yahya Maurice Bucaille

Beliau merasa amat bangga dan gembira atas penemuannya itu dan telah membuat laporan penemuannya itu dengan tajuk Les Momies Des Pharaons Et La Midecine Yang membawa erti Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden. Beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan penghargaan tertinggi kerajaan atas penemuannya itu.

Namun kegembiraannya tidak kekal lama apabila beliau dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa yang sebenarnya hasil kajiannya itu telah lama ditemui oleh orang Islam. Tentu sekali beliau menolaknya kerana beliau pasti penemuan itu hanya akan berhasil dengan penggunaan teknologi yang canggih. Namun pendapatnya sekali lagi disangkal apabila dimaklumkan oleh seorang rakan lain yang kisah kematian Firaun telah tercatat lama dahulu di dalam kitab suci orang Islam iaitu Al Quran. Dr Maurice merasa amat hairan bagaimana mumia yang ditemui tidak sampai 100 tahun yang lalu telah diketahui kisahnya oleh orang Islam melalui Al Quran yang wujud lebih 1000 tahun sebelum mimia tersebut ditemui.

Beliau kemudiannya berkesempatan menghadiri sebuah seminar yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan Islam Arab Saudi. Di sini lah beliau telah diperdengarkan dengan ayat Al Quran surah Yunos ayat 92 yang bermaksud " Pada hari ini Kami selamatkan badanmu (keluarkan dari laut setelah mati lemas) supaya kamu dapat dijadikan pengajaran bagi orang sesudahmu. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami".

Maha Suci Allah... hidayah mengetuk hatinya dan membenarkan ayat yang diyakininya adalah merupakan kalimat Allah yang Maha Agong. Sumber menyatakan yang beliau akhirnya telah memeluk agama suci Islam dengan nama barunya Dr Yahya Maurice Bucaille.


Firaun Ramses II iaitu firaun yang mengejar Nabi Musa a.s.


No comments:

Post a Comment