I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday 11 August 2012

Pemeriksaan Sendiri Payudara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
  • Kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.


Apakah tanda tanda kanser payudara?

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam  

Apakah Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)?
5 langkah PSP


Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.


Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?


  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.