I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday 25 June 2011

I City - Indahnya suasana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Subhanallah. Indahnya suasana.. Ngelip sana sini! Terang benderang! Berwarna warni!
Tapi masa mula mula sampai tu, mak oiii... jem gila! Manalah datangnya semua manusia ni ekk? Tapi kira ok lah juga sebab masih ada tempat nak parking kereta.
Sebenarnya tiga minggu lepas dah pun sampai sini tapi malangnya hari tu tertinggal memory card kamera kat rumah. Tak puas hati! Simpan azam nak datang lagi. Tambahan pula si abang ada balik dari kolej, bawa pulak kamera canggihnya. Jadi apa lagi??
Mula mula pergi snow walk. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Anak anak pakai sandal je jadi kenalah beli stoking. Nak tau brapa harganya? RM15 untuk sepasang stoking kokak!
Lepas tu merayau rayau lah tengok lampu berwarna warni. Memang cantik! Bijak manusia ciptaan Allah menghasilkan tempat seperti ini.


Indahnya..
Cantikkan?
Kuda bercahaya
Sejuknya!!!

Malaysian Guinness Book of Records with Celcom

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

This morning the whole family went to see my daughter performing with Puteri's band at Terminal One. She said the marching would start at 11.00 am. When we reached there at 10.50 am, the police had already blocked the way. That means we have to make a U-turn at the end of the road. When we reached Terminal One, the marching was already over! Argghh...!!
Anyway, we still had a chance to watch them perform with other schools.. the orchestra, kompang and cheer group. As what the mc from Celcom said, that event was recorded in the Malaysian Guinness Book of Records since there are 80 similar locations doing this all around Malaysia at the same time. Well done!


Well done girls!
The orchestra
Great supporters!
The cheer group
The kompang boys

Wednesday 22 June 2011

Manis, manja, menggoda...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Hari koperasi sekolah. Nasi lemak, mee goreng, laksam, marshmellow, key chain...macam macam ada. Belilah apa apa yang mahu. Syaratnya cuma mesti ada duit! Pantang lalu kat mana mana gerai, semuanya tersenyum manis dan manja, suara selembut sutera, menggoda kita membeli barangan jualannya.Cikgu cikgu pun sama hebatnya tapi tak perlu teknik manis, manja, menggoda (macam mana lah rupanya kalau dibuat begitu??!!), sebab nampaknya memang sah laku apa saja yang mereka jual. Selain tu ada juga pameran kerjaya. Syukur Alhamdulillah dapat melihat semua ini setelah dua tahun terlepas.


Bergaya dengan motor abang bomba



Yang mana satu idaman kalbu


Pilihan masa depan

Sejarah permulaannya...

 

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
 iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
 i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
 ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
 iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
 iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
 i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
 ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
 iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,  tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT  menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa  empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
 i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
 ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
 iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Saturday 18 June 2011

Janda Baik - Damainya..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Hari ini pergi JB. Not Johor Bharu but it is Janda Baik. Bertolak pukul 3.30 pm, sampai 6.45 pm selepas berhenti makan di Genting Sempah. Bas tak boleh masuk sampai ke Pondok Impian sebab jalan sempit, jadi jalan kaki ramai ramai walaupun ada yang naik kereta yang disediakan. Fuh.. penat juga nak jalan 1 km ni!!
Malam buat bbq, ice breaking dan bila 'ais dah pecah', gossip gossip sampai pagi. 2nd day, pagi pagi pergi morning walk. Allahuakbar. Best... cuaca nyaman dengan bunyi air sungai mengalir. Ohh damainya!! Cubalah kalau tak percaya!
Lepas tu kami breakfast dan murnikan modul. Selesai kerja tibalah masa sukaneka, hmmm... kecoh bila orang tua bermain ni!
After lunch and solat zohor baru bertolak balik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sedikit sebanyak dapat hilangkan stress bagi membantu mengurangkan bebanan dan masalah diri ini.


Ready to go!!


Jauhnya berjalan mak oiii!!


Tiba tiba api marak!


Morning walk


Alhamdulillah masih berpeluang melihat kebesaranNya


Depan rumah Pak Jamil dan Mak Nani


Enjoy, enjoy pun.. kerja tak dilupa.


Uji stamina
Bersama pakcik Tamam Idris dan Makcik Mariaty
All of us



Saturday 11 June 2011

If a mother is healthy..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Hari ni pergi ke Pusat Sumber Pendidikan dan Sokongan Kanser (CaRE) UPM untuk menghadiri Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser (Rawatan Terkini Kanser). Ceramah disampaikan oleh Prof Rohaizak Muhammad. Banyak ilmu diperolehi. Antaranya ialah pesakit kanser yang estrogen positif tak digalakkan mengambil soy product. Anak pesakit kanser mempunyai risk yang lebih tinggi mendapat kanser pada umur kurang 5 tahun dari umur ibu semasa beliau mendapat penyakit tersebut.
Remember this, when a mother is healthy, the whole family will be healthy. If the whole family is healthy, the whole community will be healthy. When the whole community is healthy, the whole country will be healthy. InsyaAllah. So mothers... please take good care of yourself!


Kenapa semua suka duduk belakang ye?


Terimakasih prof!

Friday 10 June 2011

Don't Run Away!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Joined BCSSNS and BCWA for Breast Cancer Awareness Campaign at The Store Centrepoint. I went there at 11am. Many people thought we are trying to sell stuff to them. Sob! Sob! The truth is we just wanted to teach them how to do the breast self examination and collect their signature to show their support. So next time if you see us, PLEEEEZE don't run away!!


Make sure you do BSE  monthly


They are running away!

Wednesday 8 June 2011

I did it.!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Alhamdulillah. I wanted to create a blog for quite sometime and I finally managed to make one. Yeaay!!!! Thank you so much to my friend Ruzihan Abdullah who has been very patient teaching me this. I learned this with four others : Fiza, Kak Yati, Mas and Adeq. But I'm sure they are not as bad as I am. Ha..ha..


Zihan... Tqvm for this photo too!