Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Rancangan hendak melihat Stonehenge hari ini hampir dibatalkan. Ini gara-gara sambutan perayaan Jubli Intan (ulang tahun ke-60) pertabalan Ratu England, Queen Elizabeth II. Pusing sana jalan tutup, pusing sini jalan tutup. Susah betul nak bergerak keluar dari bandaraya London. Kalau tak dapat pergi, memang aku frust juga sebab memang permintaan aku hendak ke sana.
Alhamdulillah walau pun banyak rintangan, akhirnya sampai juga ke Stonehenge. Stonehenge merupakan satu binaan pada Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire. Sesuatu yang cukup unik!
Bangunan pencakar langit moden berbentuk peluru berpandu yang terletak di City of London. Dikatakan bangunan ini mempunyai ketinggian tiga kali ganda dari Niagara Falls. |
Big Ben yang mengagumkan |
Eye of London. Nampak tak hot air ballon tu? |
Kereta kami tertahan atas jambatan ini seketika kerana banyak jalan ditutup sempena perayaan Jubli Intan (ulang tahun ke-60) pertabalan Ratu England |
Sempat ambil gambar masa kereta berhenti atas jambatan |
Museum of London? Macam tak percaya pula. Tak pergi pun ke sini. |
Akhirnya berjaya keluar dari London City. |
Seronok tengok senibina rumah Inggeris di sini |
Sebuah lagi rumah yang sempat diambil gambar semasa dalam perjalanan |
Bila nak sampai ni? Rasa macam dah lama duduk dalam kereta.Tapi at least dah dapat keluar dari kawasan bandaraya London. |
Yeay.. Akhirnya sampai juga di Stonehenge. Dah lah sejuk 10oC, hujan pulak tu! |
Alhamdulillah berpeluang melihat binaan batu yang unik ini. Ramai tourist walaupun terpaksa berjalan dalam hujan. |
Walaupun hujan, gambar kenangan mesti diambil. |
Pandangan dari sudut berbeza. Dikatakan sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM sehingga 2000 SM |
No comments:
Post a Comment