I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Wednesday, 14 November 2012

Cuti-cuti London - Day 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.


Hari ini kami keluar selepas 'peak hours' dengan menaik DLR. Cik Ah temankan kami pada permulaan perjalanan. Dia tolong bawa kami ke tempat untuk membeli tiket ke Paris. Di samping tu, kami juga membeli tiket untuk menaiki HOHO bus (hop on, hop off bus).Jadi hari ini seharian kami menaiki bas untuk melihat-lihat tempat menarik di seluruh London. 


London Victoria Station - London’s central system of railways
Kami mulakan perjalanan dengan menaiki bas HOHO. Ini pemandu pelancong bagi bas yang pertama. Sambil bercerita pasal London, banyak pulak dia mengutuk sistem pentadbiran UK!
Sebahagian Westminster Abbey - gereja yang dimana perkahwinan diraja berlangsung. Sepanjang majlis perkahwinan William - Kate berlangsung,  jam loceng berusia lebih 100 tahun di gereja ini dibunyikan selama 3 jam tanpa henti.
10 Downing Street- Alamat terkenal di seluruh dunia yang mana terletaknya bangunan  pusat pentadbiran kerajaan, pejabat rasmi serta kediaman Perdana Menteri Britain. Bangunan ini berusia hampir 300 tahun.
Istana Buckingham - Sukar sekali mencari ruang untuk berjalan dan mengambil gambar. Orang ramai berkerumun dekat dengan pintu istana untuk memastikan tidak ketinggalan acara pertukaran shif pengawal istana. Kawasan lapang itu dihalang untuk laluan kerana ia sebahagian dari laluan perarakan.
Upacara bermula dengan perarakan berkuda oleh tentera Britain memasuki perkarangan istana
Diikuti dengan perarakan pancaragam
Akhirnya.. barisan pengawal. Mereka masuk ke perkarangan istana dan melakukan pertukaran shif dengan penuh istiadat.
Kawasan taman Istana Buckingham. Kami mencari tempat yang selesa, duduk di atas rumput dan membuka bekalan untuk makan. Cuaca begitu nyaman. Selesa sangat rasanya. 
Masih di kawasan taman Istan Buckingham. Kerusi-kerusi disediakan bagi sesiapa yang ingin berehat di bawah cahaya matahari. Berbaring di atas rumput sambil sun bathing adalah permandangan biasa di taman-taman London. Mat saleh sini sengaja mencari tempat yang panas, sedangkan kami pulak sentiasa mencari tempat rehat yang redup.
Sementara menanti bas HOHO untuk ke destinasi seterusnya, ternampak pula bas double decker versi klasik ini.

Inilah Albert Hall... tempat Sudirman dan Siti Nurhaliza membuat persembahan hebat mereka.
Bangunan di sekitar London nampak di jaga rapi.
Hehe..
Bangunan Ripley's Believe It or Not
Trafalgar Square... Aku mula mengenali nama ini semasa bermain monopoly di zaman kanak-kanak. Lepas tu beberapa kali melihat gambar kawasan ini yang terkenal dengan burung merpati. Malangnya bila aku sampai di sini, aku tak nampak seekor burung merpati pun. Rupa-rupanya merpati dah tak wujud di sini semenjak masalah bird flu melanda.

 St Paul Catheral adalah gereja utama di London. Kubahnya juga termasuk salah satu kubah tertinggi di dunia.
Menyusuri River Thames untuk kali kedua iaitu ke arah bertentangan  dari semalam. Gambar gergasi keluarga diRaja ini terletak di persisiran sungai menggambarkan kebanggaan rakyat Britain terhadap raja mereka.
London Eye from the River Thames Cruise

Ikon kotaraya London. Bangunan yang aku rasakan sangat cantik. Kelihatan berkilau keemasaan apabila dipanah cahaya matahari. Clock Tower dan The House of Parliament.

Clock Tower  namun lebih dikenali dengan nama Big Ben. Binaan menara jam setinggi 96.3m yang mempunyai loceng 3.5 tan yang siap sepenuhnya pada tahun 1858.

Persembahan muzik tradisional. Selesai dia bermain muzik, bolehlah menderma wang kalau mahu.
Macam-macam pakaian beragam ada di sini. Lepas ambil gambar dengannya, jangan lupa bayar!
Kembali ke rumah Cik Ah setelah seharian penat menjelajah.


No comments:

Post a Comment