I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Friday 26 August 2011

Berpeluangkah aku bertemunya lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..

Nikmatnya Al-Quran digandingkan dengan puasa dan Ramadan

Setelah hampir sebulan guru guru dan pelajar pelajar bertadarrus, majlis khatam Al Quran telah diadakan. Ringkas namun penuh keindahan.

Alhamdulillah... khatam Al Quran

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih).

Kemudian majlis diikuti dengan ceramah Nuzul Al Quran. Ceramah yang disampaikan dalam suasana yang amat bersahaja menyebabkan masa dirasakan berlalu terlalu cepat.

Ceramah Nuzul Quran

Bulan Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Majlis diakhiri dengan majlis bersalam salaman sempena Aidilfitri. Terlalu sayu rasa di hati. Adakah aku akan berpeluang menemui Ramadhan lagi? 

Maaf zahir bathin
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir bathin.

Saturday 20 August 2011

Malam yang di nanti

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

10 Malam Terakhir Ramadhan sudah menjengah.
Yang menjadikan 10 malam terakhir Ramadhan ini amat dikejari adalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000 bulan.


Maksud Surah Al Qadr
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini  
     pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia 
     kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin   
     Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang  
     ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).
[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Bilakah berlaku Lailatul Qadar?
1.     Hanya berlaku dalam bulan Ramadhan
2.     Kebanyakan ulama berpendapat ia berlaku pada  
        sepuluh malam terakhir Ramadhan
3.     Ia berlaku pada malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 
        dan 29 Ramadhan

Apakah petanda Lailatul Qadar?
1.     Malam hari :
    Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah    
    langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,  
    tenang, tidak dingin dan tidak pula panas”.

2.   Waktu pagi selepas lailatul Qadar .:
      Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan Al Tirmizi “ Tanda  
      kehadiran Lailatul Qadar ialah matahari pada pagi    
      harinya kelihatan putih tanpa sinar(nya)”

Apakah amalan di malam Lailatul Qadar?
1.   Memperbanyakkan ibadah
2.   Membaca Al Quran
3.   Bersolat
4.   Beriktikaf
5.   Berzikir
6.   Berdoa sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang  
      dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.
  
      Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w.
      andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah   
      doa yang patut aku bacakan?

  Jawab Baginda: "Bacalah 
 "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni  
 (Maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha   
  Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka    
  ampunilah aku ini)".

Semoga kita menjadi hamba pilihanNya untuk menemui Malam Lailatul Qadr. Ameen. 


Thursday 11 August 2011

Kisah kehidupan

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Aidil fitri bakal menjelang. Mungkin bagi kebanyakan orang, hari raya adalah hari keriangan. Namun bagi yang lain, kehidupan tidak selalunya indah.


Aku turut serta dalam program penyampaian hamper dan bantuan kewangan kepada beberapa orang pesakit dan bekas pesakit kanser. Ada pelbagai kisah kehidupan... isteri yang ditinggalkan suami setelah disahkan mendapat penyakit ini. Ibu tunggal yang perlu terus kuat melawan penyakit demi untuk anak anak. Ada juga yang menderita sakit jantung selain kanser. Tak kurang juga yang diduga dengan mendapat penyakit ini buat kali kedua.Semoga bantuan yang tak seberapa ini akan mengurangkan mendung di hati mereka. 




Antara yang hadir

Sumbangan kecil kepada yang memerlukan

Surah Al Baqarah Ayat 286: 
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Monday 1 August 2011

Apakah yang lebih kuat?

Salam Ramadhan…

Tarmizi dan Ahmad merekodkan satu hadis yang menyatakan ketika Allah menciptakan bumi, ia pun bergegar. Kemudian Allah menciptakan gunung. Kekuatan yang diberikan kepada gunung itu menyebabkan bumi terdiam. Hal ini menghairankan para malaikat sehingga mereka bertanya kepada Allah. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada gunung?” Allah menjawab, “Ada iaitu besi.” Kita maklum gunung batu menjadi rata apabila digerudi dan dihancurkan oleh jentolak ataupun kenderaan sejenisnya yang diperbuat daripada besi.

Para malaikat  bertanya lagi kepada Allah. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat perlu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada besi?” Allah menjawab, “Ada iaitu api.” Kita maklum besi serta keluli cair dan mendidih selepas dibakar dengan api.

Para malaikat terus bertanya. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada api?” Allah yang maha bijaksana menjawab, “Ada iaitu air.” Kita maklum api yang membara sebesar manapun akan padam apabila disiram dengan air.

Para malaikat terus bertanya lagi. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada air?” Allah yang maha mengetahui menjawab, “Ada iaitu angin.” Kita maklum bahawa air di laut luas serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjadi gelombang besar yang dahsyat akibat angin.

Para malaikat bertanya lagi. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada semua itu?” Allah yang maha mengetahui menjawab, “Ada iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan.”

Sedarlah betapa besarnya kekuatan sedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekahlah dengan harta, makanan, ilmu atau apa sahaja. Jika tidak mampu, sedekahkanlah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan. Semoga Ramadhan kita lebih menjadi bererti.