I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Wednesday 21 November 2012

Cuti-cuti London - Day 10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Last day in London. Barang-barang dah siap pack. Petang nanti bertolak balik. Hari terakhir ini rasanya macam program kami adalah MAKAN, MAKAN dan MAKAN!


Makanan dari Lubnan

Cik Ah dan Omey makan apa ye? Kat sini sementara menunggu makanan siap, kita diberi satu gadjet (tak tahu apa namanya) bersaiz macam handphone. Bila makanan yang di order telah siap, lampu pada gadjet tu akan menyalakan. Barulah pergi ambil. Tak perlu beratur menunggu.

Nasi beriani London

Makanan terakhir yang Cik Ah masak untuk kami. Something different... cendawan daging!

Sampai Heathrow Airport. Masa nak check in jumpa pulak Dato' Jimmy Choo, pereka kasut Princess of Wales. Dia nak balik bercuti ke Malaysia kut. Nampak very friendly dengan semua orang. A man who always has a smile on his face.
 
Di airport tersedia tempat sembahyang pelbagai agama
 
Makan lagi dalam flight.. Nasi lemak ini dimasak oleh Mat Saleh kut sebab rasanya tak seenak nasi lemak Malaysia.

Sepanjang perjalanan banyak habiskan masa dengan tidur sebab krew MAS minta kerjasama supaya tingkap sentiasa ditutup. Ini adalah kerana di luar matahari akan mula terbit. Maka cahayanya amat menyilaukan mata. Tiba di Malaysia, keluarga tersayang telah sedia menanti dengan senyuman. :-)
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatMu.

Cuti-cuti Wiltshire - Day 9


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Rancangan hendak melihat Stonehenge hari ini hampir dibatalkan. Ini gara-gara sambutan perayaan Jubli Intan (ulang tahun ke-60) pertabalan Ratu England, Queen Elizabeth II. Pusing sana jalan tutup, pusing sini jalan tutup. Susah betul nak bergerak keluar dari bandaraya London. Kalau tak dapat pergi, memang aku frust juga sebab memang permintaan aku hendak ke sana.

Alhamdulillah walau pun banyak rintangan, akhirnya sampai juga ke Stonehenge. Stonehenge merupakan satu binaan pada Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire. Sesuatu yang cukup unik!

Bangunan pencakar langit moden berbentuk peluru berpandu yang terletak di City of London. Dikatakan bangunan ini mempunyai ketinggian tiga kali ganda dari Niagara Falls.
Big Ben yang mengagumkan
Eye of London. Nampak tak hot air ballon tu? 
  
Kereta kami tertahan atas jambatan ini seketika kerana banyak jalan ditutup sempena perayaan Jubli Intan (ulang tahun ke-60) pertabalan Ratu England
Sempat ambil gambar masa kereta berhenti atas jambatan


Museum of London? Macam tak percaya pula. Tak pergi pun ke sini.

Akhirnya berjaya keluar dari London City. 
Seronok tengok senibina rumah Inggeris di sini
Sebuah lagi rumah yang sempat diambil gambar semasa dalam perjalanan
Bila nak sampai ni? Rasa macam dah lama duduk dalam kereta.Tapi at least dah dapat keluar dari kawasan bandaraya London.
Yeay.. Akhirnya sampai juga di Stonehenge. Dah lah sejuk 10oC, hujan pulak tu!
Alhamdulillah berpeluang melihat binaan batu yang unik ini. Ramai tourist walaupun terpaksa berjalan dalam hujan.
Stonehenge merupakan binaan atas tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan dikenali sebagai megalit. Pelik memikirkan bagaimana manusia zaman dahulu mengangkut dan menyusun batu sebesar ini ke sini. Sekeliling ini hanyalah kawasan lapang, bererti batu-batu ini telah dibawa dari tempat lain. 
Walaupun hujan, gambar kenangan mesti diambil.
Pandangan dari sudut berbeza. Dikatakan sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM sehingga 2000 SM 
Gambaran binaan asal Stonehenge



Nampaknya inilah tempat terakhir yang kami lawati sebab esok dah kena balik Malaysia. Kena pack semua barang-barang hari ini. Tak sabar nak kembali bersama orang tersayang.

Tuesday 20 November 2012

Cuti-cuti Braintree - Day 8

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini berjalan jauh sikit. Nak tengok factory outlet di Braintree. Oleh kerana bilangan orang yang nak berjalan itu ramai, maka perlu menyewa sebuah kereta. Di sini Cik Embong lah yang terpilih menjadi drivernya.

Otw to Braintree. Mata tak lepas memandang kereta Uncle Hasnur kat depan tu. Takut sesat!
Dah sampai
Entrance of Freeport Braintree
Kasut, handbag, purse?

Suasana di dalam
Mini bungee
Balik lalu Stadium Olimpik 2012


Orang lain membeli belah tapi aku keluar masuk kedai je!

Monday 19 November 2012

Cuti-cuti London- Day 7


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Uncle Hasnur jadi tourist guide hari ini. Cuaca sejuk dan mendung.Hari ini nak tengok kalau ada apa-apa barang yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Kena beli yang kecil-kecil aje sebab takut berat dan terlebih muatan. Nanti kena charge dengan MAS pulak!

Hari ini Uncle Hasnur join kami pergi Baywaters

Baywaters- banyak tempat untuk beli souvenirs di sini
Banyak pilihan yang ada. Yang tak adanya adalah 'pound'. He..he..
Penat menjamu mata, kenalah menjamu perut pulak.
Sementara tunggu makanan, anak-anak boleh main games dulu.
Uncle Hasnur ajar makan Crispy Duck. Sedap tau!
Satu lagi menu pilihan
Lepas makan, bergambar ramai-ramai.

Ini bergambar depan Malaysia Hall. Kami tumpang solat di sini.
Mesti nak ambil gambar Jalur Gemilang tu. Semangat Patriotik mesti ada ooiii...Di sini kami bertemu ramai students dan pelancong dari Malaysia.
Bangunan sekitar Malaysia Hall kebanyakannya adalah hotel. Di London ni bangunannya kebanyakan tak tinggi.
Selesai sahaja melihat-lihat Malaysia Hall, hujan pun mulai turun membasahi bumi. Nasib baik sempat juga sampai ke stesen underground.

Cuti-cuti London- Day 6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kami berada di sini pada hujung musim bunga, baru nak masuk summer dan cuacanya memang nyaman . Selesa untuk bersiar-siar, tidak berpeluh dan tidak terasa penat walau pun badan aku tak sihat. Walau bagaimana pun tiap-tiap hari suhu semakin menurun dan semakin sejuk. Brrrr...

Dua orang anak buahku yang pandai bergaya. Seronok mendengar Saadiah (kakak) berbahasa Inggeris. Fatimah (adik) pula asyik tersengih aje

Bergambar di Canada Square
Berjalan-jalan di pagi hari

Melepak di tepi sungai sekejap.  Memanglah sungainya bersih dan tak berbau.

Singgah ke gedung membeli belah yang terkenal dengan barang yang harganya teramatlah mahal... Harrods. Aku tengok harga satu bathrobe RM20,000. Mak ooiii!!

Hiasan dalaman Harrods memang mengagumkan.

Cik Ah pemandu pelancong kami
Kami berada di UK sewaktu negara ini membuat persiapan menyambut ulang tahun sambutan Jubli Intan iaitu ulang tahun ke-60 pertabalan Ratu England, Queen Elizabeth II. Ini adalah replika baju yang Queen England pakai semasa petabalannya dahulu.

Harrods turut membuat promosi sempena perayaan Jubli Intan Ratu England