Kami berada di sini pada hujung musim bunga, baru nak masuk summer dan cuacanya memang nyaman . Selesa untuk bersiar-siar, tidak berpeluh dan tidak terasa penat walau pun badan aku tak sihat. Walau bagaimana pun tiap-tiap hari suhu semakin menurun dan semakin sejuk. Brrrr...
| Dua orang anak buahku yang pandai bergaya. Seronok mendengar Saadiah (kakak) berbahasa Inggeris. Fatimah (adik) pula asyik tersengih aje |
| Bergambar di Canada Square |
| Berjalan-jalan di pagi hari |
| Melepak di tepi sungai sekejap. Memanglah sungainya bersih dan tak berbau. |
| Singgah ke gedung membeli belah yang terkenal dengan barang yang harganya teramatlah mahal... Harrods. Aku tengok harga satu bathrobe RM20,000. Mak ooiii!! |
| Hiasan dalaman Harrods memang mengagumkan. |
| Cik Ah pemandu pelancong kami |
| Harrods turut membuat promosi sempena perayaan Jubli Intan Ratu England |
No comments:
Post a Comment