I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Wednesday, 26 December 2012

Langkawi - Andaman Sea

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Bot kami bergerak laju menuju ke arah Laut Andaman melalui “The Hole in the Wall” iaitu kawasan laluan terkenal kawasan batu kapur yang melalui sungai dan menuju ke laut luas. Permandangan nan indah bersama hembusan angin laut yang nyaman menambahkan rasa mensyukuri alam ciptaan Allah.



Hole on the wall

Deretan bukit batu kapur

Titi di persisiran pantai

Perasaan teruja hadir apabila bot melalui bahagian bawah bukit


Lokasi yang digemari para pelancong

Satu kawasan kapal berlabuh
Pulau batu di lautan

Permandangan yang memikat hati


Monday, 24 December 2012

Langkawi - Gua Kelawar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pemandu bot menurunkan kami di Gua Kelawar. Pelawat dikenakan bayaran RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Kalau nak sewa lampu picit pulak dikenakan bayaran RM1. Dengan bantuan cahaya dari lampu picit, dapatlah kami melihat  beribu-ribu ekor kelawar yang tergantung di langit gua. 

Perjalanan di dalam gua adalah selesa memandangkan kerajaan telah membina laluan yang teratur beserta beberapa titi batu di dalam gua. Di dalam gua dapat di lihat arca-arca indah yang terbina akibat pembentukan stalagtit dan stalagmit. Sebenarnya proses kedua-dua pembentukan itu mengambil masa yang lama iatu sehingga mencecah 100 tahun bagi membentuk satu inci stalaktit atau stalagmit.



Menghampiri Gua Kelawar


Bot berhenti berhampiran Gua Kelawar. Disebelah kanan gambar adalah bot yang sedang menanti pelancong yang berada di dalam gua.


Tangga menuju ke Gua Kelawar


Pengunjung dikenakan bayaran masuk


Laluan yang selesa untuk pengunjung


Suasana dalam gua


Bagi yang lebih adventures bolehlah menaiki tangga ini


Berhati-hati melalui laluan yang agak rendah


Struktur yang terdapat di bahagian atas gua


Stalagtit dan stalagmit


Satu lagi ukiran semulajadi yang unik


Stalagtit yang terbentuk membengkok menuju ke arah cahaya


Ribuan ekor kelawar bergantungan dibahagian atas gua.


Ukiran semulajadi di dalam gua bersama penghuninya


Satu lagi keindahan yang terdapat di dalam Gua Kelawar


Ada banyak papan maklumat untuk rujukan pengunjumg


Permandangan di pintu gua


Laluan di bahagian luar



Saturday, 22 December 2012

Langkawi - Gua Buaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Perjalanan kami seterusnya menuju ke Gua Buaya. Menurut kata pemandu bot, gua ini dahulunya memang menjadi sarang buaya tapi kini tidak lagi. Kalaulah tiba-tiba muncul buaya dalam gua ini?!!


Menghampiri Gua Buaya


Ada bot yang baru keluar dari laluan sebelah satu lagi


Kami terpaksa menunggu 5 bot keluar sebelum kami berpeluang memasuki gua ini. Hmmm... patut dijadikan laluan sehala atau pasangkan saja traffic light kat sini! He...he...


Pintu masuk gua


Hebat pemandu bot.. dapat mengemudi dalam laluan yang sempit dan rendah


Menghampiri jalan keluar


Satu bot telah keluar, kini giliran kami pula untuk meneruskan pengembaraan menyusuri Sungai Kilim




Thursday, 20 December 2012

Langkawi - Menjamu Sang Helang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Destinasi popular seterusnya adalah untuk melihat burung Helang Merah atau Brahminy Kites yang terbang bebas di kawasan sungai. Menurut pemandu bot, helang yang berada dipersekitaran kawasan ini seolah-olah tahu bila tiba masa untuk mereka memperolehi rezeki. 

Cara untuk memberitahu burung helang ini yang sudah tiba waktu makan adalah dengan mengocak air di sungai menggunakan enjin bot. Melihat burung helang terbang bebas di angkasa dan kemudian terbang menjunam laju untuk mendapatkan lemak dan perut ayam sememangnya suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan.!

Terbang sang helang bebas

Terbang di angkasa nan luas



Terbang menebarkan sayapnya


Sekumpulan helang mencari-cari rezeki


Brahminy Kites spesis helang yang banyak terdapat di sini


Semakin menghampiri sungai


Menjunam untuk mendapatkan makanan


Spesis White Bellied yang mempunyai saiz dua kali ganda saiz Brahminy Kites  

Tuesday, 18 December 2012

Langkawi - 'Mangrove Tour'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Menyusuri Sungai Kilim yang terletak di Langkawi adalah suatu pengalaman yang unik. Disepanjang  perjalanan kita dapat melihat pemandangan hutan  paya bakau serta bukit bakau yang terdiri dari batu kars dan batu kapur ciptaan Maha Pencipta yang amat menakjubkan. 
 


Kami memilih bot di jeti Tanjung Rhu untuk menyusuri Sungai Kilim


Pelbagai pakej disediakan. Kami memilih pakej 4 jam. Walaupun masa kelihatan panjang namun masa yang berlalu bagai tidak terasa. Pakej termasuk menyusuri paya bakau, gua kelawar, gua buaya, memerhati helang, ternakan ikan dalam sangkar dan lautan andaman


Terdapat banyak bot yang sedia menanati dan tidak memerlukan kita menunggu bagi memulakan perjalanan


Pelancong menunggu giliran menaiki bot
Salah satu pemandangan di tebing sungai



Terdapat banyak aktiviti penternakan ikan dalam sangkar


Terdapat banyak kapal layar yang berlabuh


Hutan paya bakau yang dikatakan berusia lebih 400,000 tahun yang membantu mengurangkan kesan tsunami yang melanda negara suatu ketika dahulu


Ini adalah lokasi yang suatu ketika dahulu merupakan tempat penyediaan arang. Kayu dari pokok bakau dibakar untuk dijadikan arang, namun aktiviti ini telah dihentikan atas arahan kerajaan bagi memelihara hutan paya bakau.


Kelihatan sekumpulan monyet yang sentiasa menanti agar ada pelancong yang sudi melemparkan makanan buat mereka. Seronok melihat kecekapan haiwan ini menyambut makanan yang dilemparkan.


Sebuah lagi bot menyusuri sungai

Satu lagi permandangan indah

Sesekali terasa riang terkena percikan air sungai apabila bot dipandu laju



Berselisih dengan banyak bot lain


Bot melalui kawasan bukit batu kapur


Bukit yang terbina dari batu kars berwarna agak kehitaman


My favourite spot!


Kami turut melalui jeti bot Kilim iaitu satu lagi jeti yang menyediakan perhidmatan bot menyusuri Sungai Kilim


Dalam perjalanan pulang, pemandu bot menunjukkan sebuah bukit yang kelihatan berbentuk seperti king kong!