Di sini jam 3.00 pagi dah pun masuk waktu subuh. Pukul 4.00 pagi suasana dah mula terang. Hari ini Cik Ah ajak kami ke Billinggate Market untuk tengok-tengok keadaan pasar di sana sambil membeli apa-apa yang patut.
Inilah satu-satunya pasar basah yang terdapat di seluruh UK |
Keadaan dalam pasar ini bersih dan teratur. Yang menariknya penjual kat sini memakai pakaian putih ala-ala doktor kat Malaysia. Menurut adik iparku, doktor di sini tak ada pulak pakai kot putih tu! |
Ikan salmon banyak dijual di sini. Sekeping 15 pound. Cuba darab dengan 5... tulah harga RM nya! |
Ini apa jenis ketam pun tak tahu. Banyak sangat duri-durinya. Nak makan pun takut. |
Ini pulak telur ikan yang dijual dalam botol. Macam-macam warna rupanya telur ikan ni! |
Setelah selesai 'melawat' pasar, kami pulang ke rumah. Setelah bersarapan, kami pun memulakan perjalanan kami. Rancangan pertama ialah menuju ke Museum Sherlock Holmes. Anak-anakku yang sibuk sangat suruh emaknya ke tempat ini. Okeylah.. aku tunaikan hajat mereka.
Bersebelahan dengan pintu masuk ke rumahnya terdapat kedai cenderahati yang menjual pelbagai barang berkaitan detektif ini. |
Ini topi Sherlock yang menjadi salah satu identitinya. Di kedai ini, semua pekerjanya memakai pakaian zaman tersebut. |
Ini merupakan ruang kerja Sherlock. Anda boleh duduk bergaya di kerusi kanan kegemarannya itu. |
Gambaran suasana dan karektor berkaitan kisah Sherlock Holmes. |
Setelah selesai ke Museum Sherlock Holmes, kami mencari taman bunga ros. Ma peminat ros. Aku pula peminat separuh jalan. Mula-mula bersemangat tapi kemudiannya...
Aliran sungai di dalam taman |
Satu lagi permandangan indah di Regents Park. Di taman ini begitu ramai orang berehat dan beriadah. Terfikir pula dalam hati... 'Mat Saleh dengan Minah Saleh ni tak pergi kerja ke?' |
Puas juga kami mencari arah nak ke Queen Mary Garden iaitu taman yang dikatakan dipenuhi dengan pelbagai bunga ros. Nasib baik lah sepanjang perjalanan, cuaca nyaman dan permandangan begitu indah. Semasa dalam pencarian, berjumpa pula satu famili cina. Orang Melaka rupanya mereka. Sempat berborak. Memang seronok bila dapat berjumpa orang Malaysia di sini.
At last! Inilah pintu masuk ke Queen Mary Garden. |
Ini permandangan dari pintu masuk. |
Ini antara ribuan bunga ros yang ada di sini. Ada pelbagai warna. Saiz semuanya besar-besar. |
Ros lagi |
Cuba perhati berapa banyak kudup bunga ros yang ada |
Bunga lavender pun ada di sini juga. |
Satu lagi jenis bunga yang ada di sini tapi aku tak tahu apa namanya! |
Ini pulak bunga apa? Walau apa pun, sememangnya berada di taman ini amat menenangkan fikiran. Hilang segala kesedihan, hilang segala kedukaan. |
Ini pula air terjun buatan yang ada di sini. Sungguh mendamaikan. |
Satu sudut yang dipenuhi bunga ros. Boleh bayangkan bagaimana bau harum ros di sini? |
Destinasi seterusnya adalah ke Madame Tussauds iaitu muzium patung lilin London yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Ini salah satu tempat yang aku paling teringin nak pergi.Muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud iaitu pengukir patung lilin terkenal dari Peranchis. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seksyen artis, pemimpin negara, ahli sukan, kerabat diraja Britain dan beberapa seksyen lagi.
Ini bahagian luarnya. Bahagian luar ni pada aku tak lah nampak hebat sangat walaupun tempat ini memang amat popular |
Lepas bayar tiket, kami naiklah tangga ni. |
Haa.. ini 3 patung yang pertama aku ditemui. Cuba teka siapa tu. |
Pasangan popular.. David and Victoria |
Gaya Marilyn Monroe yang popular. Berebut-rebut orang nak bergambar disini. |
Patung Amitabh Bachan ni memang real! |
Si genius.. Albert Einstein. |
Ini pulak patung pemimpin dunia |
Kami akhiri lawatan ke Madame Tussauds ini dengan menonton tayangan 4D.Ia berkisarkan 6 hero yang berusaha menyelamatkan Kota London. Banyaklah adegan pertarungan. Tu yang terasa seperti kena sepaklah, kena kacalah, kena air ludah lah. Heehee.. Tayangan ni mengambil masa lebih kurang 10 minit je tapi memang terasa best sangat.
Inilah super heroes tu. |
Suasana dalam dewan untuk menonton |
No comments:
Post a Comment