I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday 17 November 2012

Cuti-cuti Paris- Day 4


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini akan ke Paris. Yahoo... Tiket dah beli dua hari yang lalu. Kami akan naik keretapi nak ke Paris ni. Masa bagi tahu kat abah yang aku akan ke Paris, abah bagi tau yang train ni akan lalu di bawah laut(Selat Inggeris). Haah?.. Kecut perut membayangkannya!  a

Inilah station keretapi London St Pancras.  Suasana stesen ini amat selesa.Masa beratur nak naik keretapi ini, kami kehilangan Cik Embong. Rupa-rupanya dia telah jauh meninggalkan kami yang sibuk mencari dia.

Keretapi eurostar ini akan melalui terowong dasar laut Selat Inggeris dari UK ke Perancis. Kami tercari-cari nombor koc untuk menaiki keretapi ini.. rupa-rupanya tertulis di atas lantai. Pelik pulak rasanya. Bersama-sama kami dalam koc ini adalah sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah. Apa lagi? Ceria sajalah sepanjang perjalanan!

Pemandangan sepanjang perjalanan. Nampak tak kincir angin nun kat hujung tu..

Satu lagi pemandangan indah dari dalam keretapi.

Train Eurostar ni kira laju la juga. 2 jam 15 minit dah sampai ke Paris. Ini dah nak sampai stesennya. Tengok tu.. vendalisme! Ada satu bahagian tu nampak cantik dan kreatif tapi tak sempat nak ambil gambar.

Dah tiba di stesen Gare du Nord Paris. Teringat pulak kat filem Mr Bean Holiday bila berada di sini.

Nak keluar dari stesen, ternampak beberapa orang polis berpakaian hitam siap bersenjata. Apa hal dia orang ni? Kat stesen ni ada ramai Mat Negro yang berbadan besar melepak-lepak. Hishh.. gerun pulak rasanya.

Gare du Nord station Paris

Kami merancang untuk menaiki bas tourist bagi memastikan kami dapat melihat keseluruhan tempat menarik di Paris.Tiket dah dibeli sekali masa di UK. Yang kelakarnya, pemandu bas ni bukan peduli apa jadi kat penumpang di atas. Bawa laju-laju ke kiri kanan dan pakai redah je pokok tepi jalan. Kami kena tunduk cepat-cepat macam nak elak peluru dalam cerita James Bond!

Paris kota fesyen

Paris ni banyak betul mercu tanda seperti ini. Yang ini aku tak ingat pula namanya. Maklumlah bila disebut dalam bahasa Perancis, bukan senang jadinya nak ingat.

Place de la Concorde - the largest square in the French capital. At its center is a 3200 years old obelisk, transported in the 19th century from Egypt.

Satu lagi kat sini ada banyak air pancut macam ni.
Nun kat hujung tu satu lagi daya tarikan di Paris... Arc de Triomphe.Selama ini aku ingatkan kenderaan akan lalu di tengah-tengah bahagian bawah bangunan ini. Rupa-rupanya ia adalah sebuah roundabout di kota Paris. Kalau nak hidup lama, kenalah gunakan lorong bawah tanah untuk sampai ke tengah-tengah roudabout itu.

Arc de Triomphe - dibina oleh Napoleon untuk memperingati kemenangan askar-askarnya. Bangunan ini di bina pada 1806 dengan ketinggian 50m

Nampak tak manusia di puncak Arc de Triomphe ini? Ada muzium kat atas nya tau.

Menara Eiffel - dibina pada tahun 1889 setinggi 320m

Excited sangat dapat sampai disini. Orang beratur nak naik bangunan ni punyalah panjang. Nasib baik aku memang tak berminat nak naik, so tak adalah terasa frust.

Kedai cenderamata di kaki Menara Eiffel
Ini orang yang beratur nak masuk tolet di Menara Eiffel. Hehe..Punyalah panjang! Yang hujung depan tu belum sampai ke pintu toilet lagi tau! Lagi satu yang meresahkan ialah toilet mereka yang tak ada hos air. :-(
Patung-patung begini berlambak-lambak ada di Paris.
Ingat cerita Hunch Back of  Notredame? Alah..  kisah si Quasimodo dan Esmeralda the Gypsie. Inilah Notre Dame Cathedral.

Place de la Madelaine - kuil dibina untuk memperingati kemenangan pasukan Napoleon pada tahun 1808 dan kini menjadi gereja Katolik

Académie Nationale de Musique / Palais Garnier - it was the hiding place of the 'Phantom of the Opera'!
Les Invalides - tempat peristirahatan terakhir Napoleon Bonaparte

Terowong sebelah kanan tu adalah terowong di mana Lady Di accident dan meninggal dunia.
Kat sini banyak juga terdapat motor yang berbumbung.


Terdapat cruise yang menyelusuri  Seine River - sungai utama di Paris tapi aku tak turut serta.
Akhirnya sebelum bertolak balik, kami isi perut dikedai yang diusahakan oleh tiga beradik dari Turki ini.

Apa yang dapat aku simpulkan dari perjalanan hari ini adalah Paris sememangnya kota yang mempunyai banyak bangunan-bangunan yang sangat indah seni binaannya. Kami rasa sedikit terkilan sebab hanya menghabiskan satu hari sahaja sedangkan sepatutnya bermalam di sini. Banyak lagi tempat yang perlu di lawati seperti Disneyland dan Muzium Louvre yang terdapatnya potret Monalisa.InsyaAllah di lain kali... 





No comments:

Post a Comment