Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Rasulullah bertanya kepada Ali, 'Apakah yang engkau miliki untuk dijadikan mahar bagi menikahi puteriku Fatimah?" Ali mejawab "Demi Allah, tiada urusanku yang tersembunyi darimu wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku hanya memiliki pedang, baju besi dan unta."
Lalu Rasulullah berkata " Wahai Ali, engkau harus berjuang membela diri dari musuh-musuh Allah dengan pedang itu. Unta pula kau perlukan untuk mengairi pohon kurma bagi menafkahi keluargamu dan sebagai keperluan perjalananmu. Juallah baju besi itu dan berikan aku wang tersebut sebagai maharnya.". Maka Ali menjual baju besi yang sebenarnya adalah hadiah daripada Rasulullah setelah perang Badar.Wang hasil jualan diserahkan kepada Rasulullah.
Fatimah sebelum ini telah pun dipinang oleh dua lelaki hebat dan berharta iaitu Abu Bakar dan Umar namun menerima Ali sebagai suami. Fatimah mengenali Ali sebagai lelaki yang tidak punya apa-apa kecuali cintanya kepada Allah, Rasulullah dan Islam. Faimah berkata kepada Rasulullah "Wahai Rasulullah, gadis-gadis lain biasanya meminta wang sebagai mahar. Namun aku meminta dengan hormat kepadamu agar memulangkannya dan berdoa kepada Allah agar menjadikan maharku sebagai hak memberi syafaat kepada mereka yang berdosa di kalangan muslimin pada hari kebangkitan."
Saat itu Jibrail turun dengan membawa berita bahawa Allah menetapkan mahar Fatimah az Zahra adalah syafaat bagi mereka yang berdosa dikalangan muslimin.
No comments:
Post a Comment