I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Wednesday 20 July 2011

Penerima syafaat



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Baqi adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah termasuk para haji dan umrah. Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi dikelilingi oleh pagar yang tinggi .Rasulullah selalu menziarahi Baqi’ Baginda mengucap salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.



Tiada nama atau tanda tanda tertentu diletakkan pada kubur tersebut, namun beberapa kubur tertentu telah dikenalpasti siapakah pemiliknya iaitu
1.   Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq (isteri Rasulullah)
2.   Saidatina Saudah Binti Zama’ah Al –Amiriah (isteri Rasulullah)
3.   Saidatina Hafsah Binti Umar Al-Khattab (isteri Rasulullah)
4.   Saidatina Zainab Binti Khuzaimah Al-Hilaliyyah (isteri Rasulullah)
5.   Saidatina Ummu Salamah Binti Abu Umayyah Al Makzumiyyah (isteri Rasulullah)
6.   Saidatina Juwairiyyah Binti Al-Haris Al Mustaliqiah (isteri Rasulullah)
7.   Saidatina Ummu Habibah,Ramlah Binti Abu Sufyan (isteri Rasulullah)
8.   Saidatina Safiyah Binti Huyai Binti Akhtab (isteri Rasulullah)
9.   Saidatina Zainab Binti Jahsy (isteri Rasulullah)
10. Saidatina Fatimah Binti Rasulullah (Puteri Rasulullah)
11. Ruqiyyah Binti Rasulullah (Puteri Rasulullah)
12. Ummu Kalsum Binti Rasulullah (Puteri Rasulullah)
13. Zainab Binti Rasulullah (Puteri Rasulullah)
14. Hassan Bin Abi Bin Abi Talib (Cucu Rasulullah)
15. Zainal Abidin Bin Hussin Bin Ali Bin Abi Talib (Cicit Rasulullah)
16. Saidina Usman bin Affan (Khalifah)
17. Imam Malik bin Anas (Pengasas Mazhab Maliki)



Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., Rasulullah bersabda
Maksudnya “ Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”.

Doa Sayidina Umarbin al Khattab r.a.
Maksudnya “ Ya Allah rezekikanlah aku agar mati syahid pada jalan Engkau dan jadikanlah kematianku di negeri Rasul Engkau SAW”.

Alangkah bertuahnya mereka yang terpilih olehNya untuk dikebumikan disamping pejuang pejuang Islam dan berpeluang mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment