I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday, 9 July 2011

Macam macam ada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Julai.. macam macam aktiviti sejak dari awal bulan.


Tunjuk ajar dari pasukan bomba
Api berjaya dipadamkan
Sebenarnya aktiviti sekolah yang paling di benci ialah latihan kebakaran. Kenapa?? Walaupun dah 14 tahun berlalu namun peristiwa pahit itu seolah olah baru saja berlaku. Kebakaran rumah yang menjadi penyebab pemergian emak dan opah (Al Fatihah). Sebagai manusia kita sering leka.. menyangkakan segala yang buruk bukan milik kita. Memang benar apabila dikatakan 'api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'. Api telah pun menjadi kawan dan lawan dalam kehidupan ku.


Seterusnya Larian 1 Malaysia. Aktiviti yang berlaku pada hari Sabtu, tentu sekali tidak begitu digemari ramai individu. Apa nak buat? Berkhidmat Untuk Negara lah katakan! Dan dek kerana waktu persekolahan bermula pukul 7.30 am sehingga 12.30 pm, kenalah ada penambahan aktiviti lain juga iaitu senamrobik dan Program Jom Hoki.


Bersemangat semuanya
Guru... apa apa pun boleh!
Hebat!
Lepas tu ada pulak raptai sukan lah pulak. Walaupun hanya raptai, namun semua guru dan pelajar yang terlibat melakukannya dengan bersungguh sungguh. Tabik spring lah!!


Sukan memang tak meriah tanpa pancaragam
Antara pasukan yang kreatif

Lepas tu ada lak LDP 'Bagaimana Mengaplikasikan Konsep Pemimpin 360 darjah di Sekolah'. Hmm.. berputar putarlah kita!


Penceramah Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C
Banyak ilmu diperolehi
Tiba tiba dikhabarkan semua pelajar dan guru perlu berada disekolah pada 9 Julai untuk Pelancaran Bulan Kecergasan. Memanglah terkejut dan frust sebab dah lama merancang untuk bertemu rakan rakan zaman persekolahan pada hari tu. Sebagai ganti, join lah perrjumpaan alumni sekolah tempat bertugas ni pulak. Alrite lah tu kan?


Sedia?
Lompat... lompat...
Tanda sokongan
YDP dan pengurusan turut hadir
Walau apa pun, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang merasai semua ini.

No comments:

Post a Comment