I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday, 9 July 2011

Darul Syifa Bangi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Hari ini seawal pukul 3.00 pagi, kami telah bertolak menuju ke Darul Syifa Bangi. Apabila sampai pada kira-kira pukul 3.40 pagi, barisan untuk mendapatkan angka giliran sudah pun  panjang. Dalam sepuluh minit lepas itu, barisan dah pun keluar dari kawasan pagarnya.

Minggu lepas, kami bertolak lebih lewat dan sampai pada pukul 5.20 pagi. Nombor giliran yang di perolehi ialah 227. Bererti terlepas peluang untuk bertemu Tuan Guru Datuk Dr Harun Din. Ustaz hanya menerima pesakit sehingga angka giliran 200 sahaja,


Pengagihan nombor giliran bermula dari pukul 5.00 pagi. Suspen menunggu giliran... tak tahu samada berpeluang mendapat nombor 201 ke bawah. Debaran macam hendak mengambil keputusan SPM pulak!


Dalam pada itu, ada juga manusia yang cuba hendak potong barisan. Apabila di tegur orang, dia marah-marah pula sehingga terpaksa petugas masuk campur bagi menenangkan keadaan.Macam-macam kerenah manusia. Alhamdulillah ... dapat no 127. Sehingga nombor 200, borang pendaftaran berwarna pink. selepas itu pesakit diberi borang berwarna biru menunjukkan pesakit akan di rawat oleh petugas yang lain.


Sementara menunggu waktu rawatan bermula, kami pergi ke masjid berhampiran (jalan kaki sahaja) untuk mengerjakan solat subuh.


Selesai solat subuh, kami kembali ke Darul Syifa. Pada lebih kurang pukul 6.45 pagi, Ustaz keluar dan membaca doa pada air. Pesakit dan keluarga mengaminkan doa beliau dalam keadaan berdiri. Kemudian Ustaz mendekati dan menghembus air pada setiap botol. Manakala pada masa yang sama, yang lain melagukan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Air boleh dibeli di pusat rawatan ini).


Rawatan bermula jam 7.00 pagi. Nombor giliran 127, di jangka akan bertemu Ustaz pada pukul 9.30 pagi. Sementara menanti giliran, kami pergi mencari sarapan. Terdapat gerai-gerai menjual makanan yang terletak kurang 10 minit perjalanannya apabila menaiki kenderaan.


Kemudian kembali semula ke Darul Syifa menanti giliran. Memang tepat, dalam sekitar jam 9.30 pagi, tiba giliran aku pula.Cukup kumpulan angka giliran 126 ke 150 pagi masuk (masa rawatan 9.30-10.00 pagi)  , pintu bilik rawatan ditutup untuk memberi laluan bagi Ustaz untuk berehat selama setengah jam. Sementara menanti tadi memang ada juga terdengar beberapa pesakit yang menjerit, mungkin disebabkan gangguan makhluk halus.


Dalam bilik, akan ada tiga pesakit yang duduk di sekeliling ustaz. Ustaz akan merawat setiap seorang mengikut giliran masing-masing. Wajah ustaz memang bersih dan menyejukkan mata memandang. Ustaz merawat pesakit sambil berdoa pada air. 

Pusat rawatan ini tidak mengenakan sebarang bayaran bagi rawatan yang diterima namun kita boleh menderma ke dalam tabung yang di sediakan.


Alhamdulillah, syukur kerana satu lagi ikhtiar telah dapat aku lakukan bagi mencari jalan bagi menyembuhkan penyakitku ini. Semoga Allah makbulkan. Ameen.

(p/s : Maaf tiada gambar. Sebenar aku dah ambil banyak sangat gambar tapi malang sekali external hard disk aku rosak. Hilang semua gambar berharga tu. Sob! Sob!)





1 comment:

  1. Daripada ribuan manusia yang mengunjungi sudah semestinyalah keyakinan kepada perubatan Darulshifa tidak dinafikan lagi.

    ReplyDelete