Hari koperasi sekolah. Nasi lemak, mee goreng, laksam, marshmellow, key chain...macam macam ada. Belilah apa apa yang mahu. Syaratnya cuma mesti ada duit! Pantang lalu kat mana mana gerai, semuanya tersenyum manis dan manja, suara selembut sutera, menggoda kita membeli barangan jualannya.Cikgu cikgu pun sama hebatnya tapi tak perlu teknik manis, manja, menggoda (macam mana lah rupanya kalau dibuat begitu??!!), sebab nampaknya memang sah laku apa saja yang mereka jual. Selain tu ada juga pameran kerjaya. Syukur Alhamdulillah dapat melihat semua ini setelah dua tahun terlepas.
Bergaya dengan motor abang bomba |
Yang mana satu idaman kalbu |
Pilihan masa depan |
No comments:
Post a Comment