Taman Laut Pulau Payar yang digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pantainya bersih dan ada bahagian yang dipenuhi batuan indah.
Kami bayar RM90 seorang untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Kira ok lah kalau banding dengan harga yang kami tengok dalam brosur. Pakej ini termasuk return pick up kat hotel, boat transfer to Pulau Payar, snorkeling gear & insurance.
Bas mengambil kami jam 8 pagi di hotel. Sticker ini diberi semasa di dalam bas |
Kemudian dapat pula gelang ini. |
Menuju ke feri yang akan membawa ke Pulau Payar. Menaiki feri jam 10 pagi. |
Ombak di lautan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. |
Minat tengok kasut pemandu pelancong ini. Comey... |
Feri berhenti pada jarak tertentu dari pulau. Kami perlu menaiki bot kecil untuk ke jeti sana. Masa berada di pulau adalah dari pukul 11 pagi ke 3 petang. |
Bot kecil tak berbumbung |
Ada juga bot yang berbumbung |
Bot perlu menunggu giliran untuk berlabuh di jeti |
Perjalanan ke pulau. |
Pemandangan dari jeti |
Permandangan dari pulau |
Bersedia untuk snorkeling |
Perlu pastikan alat snorkeling dipakai betul-betul bagi menggelakkan air masuk ke muka |
Boleh mula snorkeling |
Ramai yang tak sabar nak masuk dalam air. Ada juga yang berminat untuk melakukan snorkeling di laut dalam perlu menambah RM30. Mereka dibawa menaiki bot ke destinasi. |
Ada juga yang tak tahan panas. He...he.. |
Boleh juga main pasir di pantai |
Berenang bersama ikan |
Banyaknya ikan... termasuk brown reef shark! |
Ikan berenang hingga ke pesisiran pantai |
Jinak betul ikan ni! |
Langsung tak takut walaupun berada begitu hampir. Namun ada juga kanak-kanak yang cuba menakut-nakutkan ikan-ikan ini.Sakit hati tengok sikap mereka! |
Snorkeling ke tempat yang lebih dalam |
Tenang bila berada di dalam air sambil melihat keindahan di dasar lautan |
Subhanallah...Keindahan ciptaan Allah |
Pulau Payar, Pusat Taman Laut... InsyaAllah kami akan datang lagi. |
No comments:
Post a Comment