I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Monday, 24 December 2012

Langkawi - Gua Kelawar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pemandu bot menurunkan kami di Gua Kelawar. Pelawat dikenakan bayaran RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Kalau nak sewa lampu picit pulak dikenakan bayaran RM1. Dengan bantuan cahaya dari lampu picit, dapatlah kami melihat  beribu-ribu ekor kelawar yang tergantung di langit gua. 

Perjalanan di dalam gua adalah selesa memandangkan kerajaan telah membina laluan yang teratur beserta beberapa titi batu di dalam gua. Di dalam gua dapat di lihat arca-arca indah yang terbina akibat pembentukan stalagtit dan stalagmit. Sebenarnya proses kedua-dua pembentukan itu mengambil masa yang lama iatu sehingga mencecah 100 tahun bagi membentuk satu inci stalaktit atau stalagmit.



Menghampiri Gua Kelawar


Bot berhenti berhampiran Gua Kelawar. Disebelah kanan gambar adalah bot yang sedang menanti pelancong yang berada di dalam gua.


Tangga menuju ke Gua Kelawar


Pengunjung dikenakan bayaran masuk


Laluan yang selesa untuk pengunjung


Suasana dalam gua


Bagi yang lebih adventures bolehlah menaiki tangga ini


Berhati-hati melalui laluan yang agak rendah


Struktur yang terdapat di bahagian atas gua


Stalagtit dan stalagmit


Satu lagi ukiran semulajadi yang unik


Stalagtit yang terbentuk membengkok menuju ke arah cahaya


Ribuan ekor kelawar bergantungan dibahagian atas gua.


Ukiran semulajadi di dalam gua bersama penghuninya


Satu lagi keindahan yang terdapat di dalam Gua Kelawar


Ada banyak papan maklumat untuk rujukan pengunjumg


Permandangan di pintu gua


Laluan di bahagian luar



No comments:

Post a Comment