Catatan seorang hamba yang bersyukur kerana masih berpeluang menikmati limpahan kasih sayang Penciptanya.
I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.
Thursday, 10 November 2011
Enam tahun tempohnya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Pada suatu hari, seorang sahabat baik mengajak Imam Hanafi makan di rumahnya. Beliau dijamu gulai ikan tetapi Imam Hanafi langsung tidak menyentuhnya. Apabila ditanya mengapa tidak memakan ikan itu sedangkan ia adalah halal dan berkhasiat. Imam Hanafi menerangkan bahawa dia menahan diri daripada makan ikan selama enam tahun dan tempoh itu masih belum cukup.
Menurut Imam Hanafi, beberapa tahun sebelum itu ramai orang telah kehilangan kambing peliharaan mereka. Pada suatu hari ketika melalui satu kawasan beliau telah terlihat beberapa orang sedang bergelak ketawa sambil menikmati daging kambing panggang. Sisa-sisa makanan itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai.
Imam Hanafi segera bertanya kepada seorang nelayan berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telur. Maka nelayan memberitahu tempohnya adalah enam tahun. Lalu imam Hanafi menahan diri daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa makanan kambing yang dicuri itu.
Jagalah makanan kita agar tidak termakan makanan yang haram kerana makanan lah yang akan menjadi darah daging kita.
Labels:
Setitis ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment