Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Sabda Rasulullah SAW "Ketika salah seorang dari kamu solat, hendaklah dia solat di belakang sutrah (pembatas) dan mendekatinya. Jangan hingga dia membiarkan orang lain melalui antara dia dan pembatas".
Sabda Nabi Muhammad SAW lagi "Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah dia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada,letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya."
Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sebagai penghadang atau sempadan kawasan solat. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti kain, tongkat, atau tiang dan boleh juga dengan membuat garisan.Tinggi pembatas adalah seukuran dengan arah bawah orang yang solat iaitu lebih kurang sejengkal.Jarak pembatas dengan kedua-dua kaki adalah lebih kurang tiga hasta iaitu kira-kira cukup untuk seseorang sujud.Pembatas bagi imam adalah juga pembatas bagi makmum.
Hikmahnya adalah bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang solat, tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang lain. Selain itu ia bertujuan memberi tanda bahawa orang itu sedang solat.
Seringkali orang solat tanpa meletakkan sutrah atau pembatas sedangkan ini adalah satu cara mudah untuk melakukan sunah Rasulullah SAW beberapa kali setiap hari samada semasa solat fardu atau pun solat sunat seperti solat sunat rawatib, tahajjud, dhuha dan sebagainya.Selain itu, ia juga satu cara mengelak melakukan dosa ketika melintas di hadapan orang yang sedang solat.
Sabda Rasulullah SAW " Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mngetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) , nescaya untuk beliau berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini."
Tiang boleh dijadikan sutrah |
No comments:
Post a Comment