Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Labbaikallahumma labbaik,Labbaikala sharikala kalabbaik
Innalhamda wanni’mata lakawalmulk
La sharikalak
HambaMu datang menyambut panggilanMu
Ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanmMu
Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagi Mu
|
Taklimat terakhir di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berangkat |
|
Menitis air mata menjejak kaki di Masjid Nabawi |
|
Pintu Babussalam menuju ke makam Junjungan Mulia "Assalamualaikum Ya Rasulullah" |
|
Berada di ladang kurma |
|
Kebab Madinah memang enak |
|
Berangkat ke Mekah Mukarramah |
|
Berniat ihram di Bir Ali |
|
Hotel Janadriyah menempatkan ibu pejabat Tabung Haji di Mekah |
|
Rezeki dari Allah di Tanah Suci |
|
Dataran Masjidil Haram |
|
Bangunan tempat kelahiran Rasulullah |
|
Suasana di Arafah pada hari Wukuf menyaksikan manusia paling banyak menitiskan air mata kerana di situ, perasaan untuk mengadu kepada ALLAH amat kuat |
|
Semasa mabit di Muzdalifah kami bermalam di hotel 'tak terbilang bintang ' |
|
Deretan khemah di Mina dan perjalanan jemaah menuju ke jamrah untuk melontar |
|
Allahuakbar...Tetamu ALLAH di waktu kemuncak haji |
|
Saei mengingatkan pengorban Siti Hajar untuk Nabi Ismail |
|
Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi tenang, sayu, rendah diri dan kerdil pada kebesaran ALLAH |
|
Makam Ibrahim dan Multazam antara tempat mustajab berdoa |
|
Persiapan untuk kembali ke tanah air |
|
Musim haji tiba lagi...
2 November 2009 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinanku. Alangkah bahagianya mendapat hadiah teristimewa. Hadiah dari Penciptaku. Di hari itu aku memulakan perjalanan untuk menjadi tetamuNYA. DIA menghiburkan aku di kala aku berduka.
Walau telah 2 tahun berlalu, kenangan selama 56 hari di Tanah Suci takkan hilang dari ingatan. Ku kongsikan kenangannya di sini bagi mengubat rasa rindu di hati.
Sabda Rasulullah SAW, “Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga.”.
No comments:
Post a Comment