I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Monday, 1 August 2011

Apakah yang lebih kuat?

Salam Ramadhan…

Tarmizi dan Ahmad merekodkan satu hadis yang menyatakan ketika Allah menciptakan bumi, ia pun bergegar. Kemudian Allah menciptakan gunung. Kekuatan yang diberikan kepada gunung itu menyebabkan bumi terdiam. Hal ini menghairankan para malaikat sehingga mereka bertanya kepada Allah. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada gunung?” Allah menjawab, “Ada iaitu besi.” Kita maklum gunung batu menjadi rata apabila digerudi dan dihancurkan oleh jentolak ataupun kenderaan sejenisnya yang diperbuat daripada besi.

Para malaikat  bertanya lagi kepada Allah. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat perlu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada besi?” Allah menjawab, “Ada iaitu api.” Kita maklum besi serta keluli cair dan mendidih selepas dibakar dengan api.

Para malaikat terus bertanya. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada api?” Allah yang maha bijaksana menjawab, “Ada iaitu air.” Kita maklum api yang membara sebesar manapun akan padam apabila disiram dengan air.

Para malaikat terus bertanya lagi. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada air?” Allah yang maha mengetahui menjawab, “Ada iaitu angin.” Kita maklum bahawa air di laut luas serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjadi gelombang besar yang dahsyat akibat angin.

Para malaikat bertanya lagi. “Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada semua itu?” Allah yang maha mengetahui menjawab, “Ada iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan.”

Sedarlah betapa besarnya kekuatan sedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekahlah dengan harta, makanan, ilmu atau apa sahaja. Jika tidak mampu, sedekahkanlah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan. Semoga Ramadhan kita lebih menjadi bererti.

No comments:

Post a Comment