I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Thursday, 26 January 2012

Belalai gajah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Biasanya bila ada kelapangan, pada hujung minggu akan pergi ke ladang herba bagi mendapatkan bekalan daun belalai gajah atau sabah snake grass. 


Sebekas ini harganya RM25
Ini beberapa maklumat mengenai tumbuhan ini yang tertulis pada risalah yang diperolehi.
Nama saintifik  :  Clinacanthus nutans
Nama biasa  :  Pokok belalai gajah / sabah snake grass/ pokok mulut buaya/Drooping Clinacanthus
Kegunaan  : Anti kanser, radang paru-paru, jaundis, hepatitis


Pokok yang matang
Cara penggunaan :
1.  Kunyah antara 30 ke 40 helai daun sehari.
2. 30 ke 40 helai daun + sebiji epal hijau + setengah gelas air dan di blend. Minum 2 kali sehari samada sebelum atau selepas makan.


Boleh dimakan begitu saja
Maklumat tambahan cara penggunaannya, aku dapat dalam blog yang lain.
1. Kanser tahap 1 - 30 helai daun setiap hari
    Kanser tahap 2 - 50 helai daun setiap hari
    Kanser tahap 3 - 100 helai daun setiap hari
    Kanser tahap 4 - 150 helai daun setiap hari
2. Satu cawan air + setengah biji jus lemon + daun belalai gajah (seperti bilangan di atas) + sebiji epal hijau + ais (jika mahu). Blend dan minum.


Anak pokok dijual dengan harga RM10
Kalau berminat, boleh dapatkan disini.
YPL Healthcare Product Sdn Bhd
No 44 Taman Perniagaan Senawang
70450 Seremban


atau terus ke ladangnya seperti alamat berikut.
Pusat Pertanian Pantai Baru,
Jalan Pantai Batu 7,
71771 Pantai,
Negeri Sembilan

Telefon : 06 677 3085
Waktu operasi  : 10.00 am ke 5.00 pm




Cubalah... rasanya ok aje. Tak pahit pun. Aku suka makan dengan nasi dan jadikannya sebagai ulam!

Thursday, 19 January 2012

Thursday, 12 January 2012

Berakhirnya hidup manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.


Telah dua hari berturut-turut aku menghadiri majlis tahlil. Malam pertama, majlis tahlil buat arwah bapa kepada jiran yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Manakala yang kedua adalah buat arwah seorang pesakit kanser payudara. Menghadiri majlis seperti ini mengingatkan aku kepada ajal yang pasti akan tiba pada bila-bila masa sahaja nanti.



Apabila ajal semakin hampir... Rasullulah menyampai pesanan di dalam khutbah terakhirnya. “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Aku wariskan dua perkara pada kalian iaitu Al Quran dan sunnah. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku".

Saatnya Izrail melakukan tugas... dengan lembut roh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini". Perlahan Rasulullah mengaduh sehingga Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku sehingga kau memalingkan wajahmu wahai Jibrail?" soal Rasulullah. Namun dijawab oleh Jibril "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah dicabut nyawanya?”.
 
 Ketika tiba saatnya...'Ya Allah, dahsyat sungguh rasanya sakratul maut. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku" kata-kata yang lahir ketika menahan sakit yang tidak tertahan. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar membisikkan  “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

 Fatimah menutupkan tangan di wajahnya kerana kesedihan, dan Ali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mengeluarkan kata-kata, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia pilihan Allah.


Tuesday, 10 January 2012

Pangkat disisi Pencipta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Hanya itu yang dapat aku lafazkan ketika mendengar berita dari seorang rakan BCSSNS.


Masih aku ingat ketika aku berada di hospital, dia lah rakan senasib yang pertama kali menjenguk dan memberi kata-kata semangat buat diriku yang sedang mencari-cari insan untuk aku berkongsi rasa.Walau pun itu pertemuan pertama kami, namun terasa bagai sudah lama mengenalinya. Mungkin ini adalahn kerana wujudnya satu titik persamaan antara kami.


Hari ini dia menghubungiku untuk berkongsi dukanya pula. Dia mendapat serangan kali kedua. Kali ini sel kanser telah menyerang ke tulang dadanya.Yang menyedihkan, dia telah lama mengesan kelainan dan memaklumkan kepada doktor namun doktor mengatakan apa yang dirasainya itu tidak akan membawa sebarang kemudaratan.


Akhirnya siapa yang akan menanggung penderitaan itu? Diri sendiri lah juga! Namun aku yakinkan dirinya bahawa segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Umpamanya ramai yang mengatakan padaku yang sayang sungguh penyakit ini menyapa ketika peluang kenaikan pangkat begitu terbuka buat aku. Namun apa yang ku harapkan kini ini adalah kenaikan pangkat disisi Penciptaku.  

Saturday, 7 January 2012

Kemoterapi


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Apakah kemoterapi?
Satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat anti kanser. Walau bagaimana pun, bahan kimia yang digunakan akan membunuh sel yang membiak termasuklah sel kanser atau sel normal.

Tujuan kemoterapi
1.  Mencegah dan membunuh sel kanser
2.  Melambatkan pertumbuhan sel kanser
3.  Menyembuhkan dari penyakit kanser
4.  Mengurangkan gejala kanser

Tempoh rawatan
Biasanya sebanyak 6 pusingan dengan sela masa 3 minggu bagi setiap pusingan. Setiap rawatan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.

Cara kemoterapi diberikan
Pil, kapsul atau cecair. Ubat cecair akan disuntik ke dalam urat, salur di tulang belakang, arteri, rongga dada atau otot. Ubat juga mungkin disuntik terus ke kawasan tumor atau kanser. Namun biasanya ia disuntik melalui pembuh darah (vein).


Kesan sampingan yang lazim
1.   Loya dan muntah
2.   Lesu
3.  Selera makan berkurangan
4.  Lebam pada kuku dan jari
5.  Keguguran rambut dan bulu pada tubuh
6.  Sakit di dalam mulut
7.  Kulit kering
8.  Jangkitan

Cara mengelakkan kesan sampingan
1.  Elak makanan bergoreng dan berminyak
2.  Elakkan bau yang menganggu
3.  Memakai pakaian yang longgar dan selesa
4.  Makan beberapa jam sebelum rawatan
5.  Bangun pelahan-lahan dari tempat duduk / baring
6.  Mengamalkan pemakanan berzat dan seimbang serta 
     minum banyak air
7.  Jaga kebersihan diri dan elak berada di tempat ramai 
     orang / orang berpenyakit
8.  Guna berus gigi yang lembut
9.  Minum jus dan makan lebih buah-buahan dan sayuran
10. Pakai sarung tangan apabila melakukan kerja
11. Pakai topi, atau sarung kepala

Tips lain
Walaupun ada sesetengah pesakit yang kelihatan kuat menghadapi penyakit ini, namun mereka masih sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan dari orang yang rapat dengan mereka. Pesakit perlu sentiasa berbincang dengan ahli keluarga, rakan atau pihak perubatan sekiranya memerlukan bantuan. Kekuatan semangat yang ada pada pesakit akan dapat membantu mereka sembuh dengan lebih cepat