Sel tunggal kanser payudara |
Apakah Kanser Payudara?
Kanser payudara berlaku akibat pertumbuhan sel yang tidak normal pada payudara. Dalam keadaan normal, sel akan membahagi dengan betul dan teratur. Namun dalam keadaan yang terganggu, sel ini mula tumbuh secara tidak terkawal dan menghasilkan tisu abnormal yang dinamakan tumor. Tumor terbahagi kepada 2 iaitu
a) bersifat benigna (bukan kanser)
b) Bersifat malignan (kanser)
Faktor Risiko
1) Sejarah kanser individu
2) Sejarah kanser keluarga terutama keluarga terdekat
3) Datang haid pada usia muda
4) Putus haid pada usia lanjut
5) Tidak melahirkan anak atau lewat melahirkan anak
Pentingnya Rawatan Awal
Sel kanser mengambil masa yang lama untuk berkembang. Namun ada juga jenis sel kanser yang agresif dan membesar dengan cepat.Tumor bersifat malignan akan menjadi merbahaya sekiranya ia beredar melalui edaran darah dan merebak ke nodus limfa dan seterusnya merebak ke anggota tubuh yang lain. Jika keadaan ini berlaku, ianya disebut metastasis dan proses rawatan menjadi semakin sukar.
Tanda-tanda kanser
1) Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara
2) Lekukan atau kecutan kulit payudara
3) Puting tertarik ke dalam
4) Lelehan dari puting
5) Perubahan bentuk, tekstur atau warna kulit
No comments:
Post a Comment