I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Saturday, 10 September 2011

Jeruju

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Pagi pagi tadi kawan zaman persekolahanku Ina telah menghantar 37 biji buah jeruju. Pesannya supaya makan segera kesemuanya dengan didahului dengan bacaan Al Fatihah, selawat, 3 Qul dan ayat kursi. Buah jeruju ini dikutip oleh kawannya yang tinggal di Nilai di kawasan paya bakau di Pulau Carrey, Selangor semalam. Habis dikutip, terus dihantar ke rumah  Ina malam tadi.

Buah jeruju

Dipercayai buah jeruju mampu mengubati perbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan ketumbuhan. Antaranya kanser, jerawat, bisul, ketumbuhan dalam badan seperti fibroid, kurap dan sebagainya. Pokok jeruju ini tumbuh liar berdekatan dengan kuala sungai yang mana ia hidup subur dan berbuah sekiranya tanah itu mengandungi kandungan garam (dari air laut) yang seimbang dengan percampuran antara air tawar (sungai).

Pokok jeruju yang berduri

Pesakit seperti kami akan sentiasa berusaha dan mengharap agar ada ubat yang dapat menghapuskan penyakit kami ini. Bila mana ada yang sudi menolong, perasaan terima kasih memang tak terluah dengan kata kata kerana hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.Perbezaan yang aku rasa ialah hilangnya rasa bisa-bisa di dada. Alhamdulillah.

Jejuju yang ku dapat