I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.
Showing posts with label Kisah sang puteri. Show all posts
Showing posts with label Kisah sang puteri. Show all posts

Friday, 26 August 2011

Berpeluangkah aku bertemunya lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..

Nikmatnya Al-Quran digandingkan dengan puasa dan Ramadan

Setelah hampir sebulan guru guru dan pelajar pelajar bertadarrus, majlis khatam Al Quran telah diadakan. Ringkas namun penuh keindahan.

Alhamdulillah... khatam Al Quran

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih).

Kemudian majlis diikuti dengan ceramah Nuzul Al Quran. Ceramah yang disampaikan dalam suasana yang amat bersahaja menyebabkan masa dirasakan berlalu terlalu cepat.

Ceramah Nuzul Quran

Bulan Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Majlis diakhiri dengan majlis bersalam salaman sempena Aidilfitri. Terlalu sayu rasa di hati. Adakah aku akan berpeluang menemui Ramadhan lagi? 

Maaf zahir bathin
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir bathin.

Friday, 29 July 2011

Penghulu segala hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Aku suka hari Jumaat.

InsyaAllah tiap tiap Jumaat diadakan bacaan yassin. Dulu setiap kali hanya di baca di dewan sekolah tapi kini telah dilakukan di beberapa tempat secara bergilir gilir. Jumaat ini, bacaan yassin diikuti dengan tazkirah. Alhamdulillah... ada penambahan ilmu. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun program tetap dijalankan. Syabas!


Tazkirah mengisi kekosongan hati
Hujan lebat namun tetap tak berganjak
Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'

Lagi satu, sukakan Jumaat ni sebab esok CUTI!!!

Thursday, 28 July 2011

Achik bloggers

Mentor
Berkobar kobar

Apa lah perkembangan terkini blog mereka ni?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Kali kedua mengikuti bengkel pembinaan blog. This time I'm a bit senior than the others... ha2! Anyway... Zihan you are still the best!

Monday, 11 July 2011

Besar sebagai juara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Kejohanan olahraga sekolah berlangsung dengan meriah di STAR!


Yang dedikasi


Menceriakan suasana


Segak berkawad
Bersedia untuk bertarung
Bantuan dihulur

Saturday, 9 July 2011

Macam macam ada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Julai.. macam macam aktiviti sejak dari awal bulan.


Tunjuk ajar dari pasukan bomba
Api berjaya dipadamkan
Sebenarnya aktiviti sekolah yang paling di benci ialah latihan kebakaran. Kenapa?? Walaupun dah 14 tahun berlalu namun peristiwa pahit itu seolah olah baru saja berlaku. Kebakaran rumah yang menjadi penyebab pemergian emak dan opah (Al Fatihah). Sebagai manusia kita sering leka.. menyangkakan segala yang buruk bukan milik kita. Memang benar apabila dikatakan 'api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'. Api telah pun menjadi kawan dan lawan dalam kehidupan ku.


Seterusnya Larian 1 Malaysia. Aktiviti yang berlaku pada hari Sabtu, tentu sekali tidak begitu digemari ramai individu. Apa nak buat? Berkhidmat Untuk Negara lah katakan! Dan dek kerana waktu persekolahan bermula pukul 7.30 am sehingga 12.30 pm, kenalah ada penambahan aktiviti lain juga iaitu senamrobik dan Program Jom Hoki.


Bersemangat semuanya
Guru... apa apa pun boleh!
Hebat!
Lepas tu ada pulak raptai sukan lah pulak. Walaupun hanya raptai, namun semua guru dan pelajar yang terlibat melakukannya dengan bersungguh sungguh. Tabik spring lah!!


Sukan memang tak meriah tanpa pancaragam
Antara pasukan yang kreatif

Lepas tu ada lak LDP 'Bagaimana Mengaplikasikan Konsep Pemimpin 360 darjah di Sekolah'. Hmm.. berputar putarlah kita!


Penceramah Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C
Banyak ilmu diperolehi
Tiba tiba dikhabarkan semua pelajar dan guru perlu berada disekolah pada 9 Julai untuk Pelancaran Bulan Kecergasan. Memanglah terkejut dan frust sebab dah lama merancang untuk bertemu rakan rakan zaman persekolahan pada hari tu. Sebagai ganti, join lah perrjumpaan alumni sekolah tempat bertugas ni pulak. Alrite lah tu kan?


Sedia?
Lompat... lompat...
Tanda sokongan
YDP dan pengurusan turut hadir
Walau apa pun, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang merasai semua ini.

Saturday, 25 June 2011

Malaysian Guinness Book of Records with Celcom

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

This morning the whole family went to see my daughter performing with Puteri's band at Terminal One. She said the marching would start at 11.00 am. When we reached there at 10.50 am, the police had already blocked the way. That means we have to make a U-turn at the end of the road. When we reached Terminal One, the marching was already over! Argghh...!!
Anyway, we still had a chance to watch them perform with other schools.. the orchestra, kompang and cheer group. As what the mc from Celcom said, that event was recorded in the Malaysian Guinness Book of Records since there are 80 similar locations doing this all around Malaysia at the same time. Well done!


Well done girls!
The orchestra
Great supporters!
The cheer group
The kompang boys

Wednesday, 22 June 2011

Manis, manja, menggoda...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Hari koperasi sekolah. Nasi lemak, mee goreng, laksam, marshmellow, key chain...macam macam ada. Belilah apa apa yang mahu. Syaratnya cuma mesti ada duit! Pantang lalu kat mana mana gerai, semuanya tersenyum manis dan manja, suara selembut sutera, menggoda kita membeli barangan jualannya.Cikgu cikgu pun sama hebatnya tapi tak perlu teknik manis, manja, menggoda (macam mana lah rupanya kalau dibuat begitu??!!), sebab nampaknya memang sah laku apa saja yang mereka jual. Selain tu ada juga pameran kerjaya. Syukur Alhamdulillah dapat melihat semua ini setelah dua tahun terlepas.


Bergaya dengan motor abang bomba



Yang mana satu idaman kalbu


Pilihan masa depan