I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Sunday, 18 November 2012

Cuti-cuti London- Day 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Badan masih terasa letih setelah berjalan jauh semalam tetapi tetap kena bangun pukul 3 pagi bagi mengerjakan solat subuh. Hari ini jalan dekat-dekat je bagi menggumpulkan kembali tenaga untuk hari esok.
Ini permandangan luar apartmen Cik Ah pada pukul 4 pagi. Dah terang benderang.

Baki wang euro yang tak habis dibelanjakan di Paris semalam

Oleh kerana penat berjalan semalam, program kami hari ini lebih santai. Bermula dengan menghantar Omey ke sekolah
Selepas Omey habis sekolah, Cik Ah ajak kami tengok-tengok tempat shopping Mat Saleh disini. Ini basikal untuk disewa yang diletakkan berhampiran perhentian bas. Tersusun rapi tanpa sebarang kerosakan 
Westfield - tempat shopping terbesar di Europe yang mahal2 barangnya
Kereta mini yang menarik perhatian kami ...
...yang kedudukannya macam ni.
Bergambar di depan salah sebuah kedai di sini. Pengawal tu patung je sebenarnya!

Shopping complex ni terletak bersebelahan dengan stadium yang akan digunakan semasa Sukan Olimpik London 2012.

Ini pula tangga menuju ke shopping complex bersebelahan

Stratford Station yang terletak bersebelah shopping complex ini adalah antara stesen pengangkutan yang paling sibuk di UK


Maka setakat ini saja perjalanan kami hari ini. Awal dah balik dan berada di rumah. Cuaca pulak dari hari ke hari menjadi lebih sejuk dan berangin kuat. So sambung rehat semula.

Saturday, 17 November 2012

Cuti-cuti Paris- Day 4


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini akan ke Paris. Yahoo... Tiket dah beli dua hari yang lalu. Kami akan naik keretapi nak ke Paris ni. Masa bagi tahu kat abah yang aku akan ke Paris, abah bagi tau yang train ni akan lalu di bawah laut(Selat Inggeris). Haah?.. Kecut perut membayangkannya!  a

Inilah station keretapi London St Pancras.  Suasana stesen ini amat selesa.Masa beratur nak naik keretapi ini, kami kehilangan Cik Embong. Rupa-rupanya dia telah jauh meninggalkan kami yang sibuk mencari dia.

Keretapi eurostar ini akan melalui terowong dasar laut Selat Inggeris dari UK ke Perancis. Kami tercari-cari nombor koc untuk menaiki keretapi ini.. rupa-rupanya tertulis di atas lantai. Pelik pulak rasanya. Bersama-sama kami dalam koc ini adalah sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah. Apa lagi? Ceria sajalah sepanjang perjalanan!

Pemandangan sepanjang perjalanan. Nampak tak kincir angin nun kat hujung tu..

Satu lagi pemandangan indah dari dalam keretapi.

Train Eurostar ni kira laju la juga. 2 jam 15 minit dah sampai ke Paris. Ini dah nak sampai stesennya. Tengok tu.. vendalisme! Ada satu bahagian tu nampak cantik dan kreatif tapi tak sempat nak ambil gambar.

Dah tiba di stesen Gare du Nord Paris. Teringat pulak kat filem Mr Bean Holiday bila berada di sini.

Nak keluar dari stesen, ternampak beberapa orang polis berpakaian hitam siap bersenjata. Apa hal dia orang ni? Kat stesen ni ada ramai Mat Negro yang berbadan besar melepak-lepak. Hishh.. gerun pulak rasanya.

Gare du Nord station Paris

Kami merancang untuk menaiki bas tourist bagi memastikan kami dapat melihat keseluruhan tempat menarik di Paris.Tiket dah dibeli sekali masa di UK. Yang kelakarnya, pemandu bas ni bukan peduli apa jadi kat penumpang di atas. Bawa laju-laju ke kiri kanan dan pakai redah je pokok tepi jalan. Kami kena tunduk cepat-cepat macam nak elak peluru dalam cerita James Bond!

Paris kota fesyen

Paris ni banyak betul mercu tanda seperti ini. Yang ini aku tak ingat pula namanya. Maklumlah bila disebut dalam bahasa Perancis, bukan senang jadinya nak ingat.

Place de la Concorde - the largest square in the French capital. At its center is a 3200 years old obelisk, transported in the 19th century from Egypt.

Satu lagi kat sini ada banyak air pancut macam ni.
Nun kat hujung tu satu lagi daya tarikan di Paris... Arc de Triomphe.Selama ini aku ingatkan kenderaan akan lalu di tengah-tengah bahagian bawah bangunan ini. Rupa-rupanya ia adalah sebuah roundabout di kota Paris. Kalau nak hidup lama, kenalah gunakan lorong bawah tanah untuk sampai ke tengah-tengah roudabout itu.

Arc de Triomphe - dibina oleh Napoleon untuk memperingati kemenangan askar-askarnya. Bangunan ini di bina pada 1806 dengan ketinggian 50m

Nampak tak manusia di puncak Arc de Triomphe ini? Ada muzium kat atas nya tau.

Menara Eiffel - dibina pada tahun 1889 setinggi 320m

Excited sangat dapat sampai disini. Orang beratur nak naik bangunan ni punyalah panjang. Nasib baik aku memang tak berminat nak naik, so tak adalah terasa frust.

Kedai cenderamata di kaki Menara Eiffel
Ini orang yang beratur nak masuk tolet di Menara Eiffel. Hehe..Punyalah panjang! Yang hujung depan tu belum sampai ke pintu toilet lagi tau! Lagi satu yang meresahkan ialah toilet mereka yang tak ada hos air. :-(
Patung-patung begini berlambak-lambak ada di Paris.
Ingat cerita Hunch Back of  Notredame? Alah..  kisah si Quasimodo dan Esmeralda the Gypsie. Inilah Notre Dame Cathedral.

Place de la Madelaine - kuil dibina untuk memperingati kemenangan pasukan Napoleon pada tahun 1808 dan kini menjadi gereja Katolik

Académie Nationale de Musique / Palais Garnier - it was the hiding place of the 'Phantom of the Opera'!
Les Invalides - tempat peristirahatan terakhir Napoleon Bonaparte

Terowong sebelah kanan tu adalah terowong di mana Lady Di accident dan meninggal dunia.
Kat sini banyak juga terdapat motor yang berbumbung.


Terdapat cruise yang menyelusuri  Seine River - sungai utama di Paris tapi aku tak turut serta.
Akhirnya sebelum bertolak balik, kami isi perut dikedai yang diusahakan oleh tiga beradik dari Turki ini.

Apa yang dapat aku simpulkan dari perjalanan hari ini adalah Paris sememangnya kota yang mempunyai banyak bangunan-bangunan yang sangat indah seni binaannya. Kami rasa sedikit terkilan sebab hanya menghabiskan satu hari sahaja sedangkan sepatutnya bermalam di sini. Banyak lagi tempat yang perlu di lawati seperti Disneyland dan Muzium Louvre yang terdapatnya potret Monalisa.InsyaAllah di lain kali... 





Friday, 16 November 2012

MAKNA Mengenali Kanser Payudara



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

(Untuk mendapat audio yang lebih jelas : Scroll hingga ke bawah iaitu di sebelah kanan... Mine (mixpod), klik simbol untuk 'pause')
 

Thursday, 15 November 2012

Cuti-cuti London - Day 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Di sini jam 3.00 pagi dah pun masuk waktu subuh. Pukul 4.00 pagi suasana dah mula terang. Hari ini Cik Ah ajak kami ke Billinggate Market untuk tengok-tengok keadaan pasar di sana sambil membeli apa-apa yang patut.


Inilah satu-satunya pasar basah yang terdapat di seluruh UK


Keadaan dalam pasar ini bersih dan teratur. Yang menariknya penjual kat sini memakai pakaian putih ala-ala doktor kat Malaysia. Menurut adik iparku, doktor  di sini tak ada pulak pakai kot putih tu!


Ikan salmon banyak dijual di sini. Sekeping 15 pound. Cuba darab dengan 5... tulah harga RM nya!


Ini apa jenis ketam pun tak tahu. Banyak sangat duri-durinya. Nak makan pun takut.

Ini pulak telur ikan yang dijual dalam botol. Macam-macam warna rupanya telur ikan ni!


Setelah selesai 'melawat' pasar, kami pulang ke rumah. Setelah bersarapan, kami pun memulakan perjalanan kami. Rancangan pertama ialah menuju ke Museum Sherlock Holmes. Anak-anakku yang sibuk sangat suruh emaknya ke tempat ini. Okeylah.. aku tunaikan hajat mereka.


221B Baker Street London...Ini pula rumah Sherlock Holmes.,detektif popular tu. Di pintu masuknya terdapat seorang pekerja yang sentiasa bersedia untuk bergambar dengan kami. Sebelum bergambar, dia bertanya sekiranya kami berminat untuk memakai topi Sherlock serta memegang paip kegemarannya. Rumah ini tiga tingkat semuanya.


Bersebelahan dengan pintu masuk ke rumahnya terdapat kedai cenderahati yang menjual pelbagai barang berkaitan detektif ini.
Ini topi Sherlock yang menjadi salah satu identitinya. Di kedai ini, semua pekerjanya memakai pakaian zaman tersebut.
Ini merupakan ruang kerja Sherlock. Anda boleh duduk bergaya di kerusi kanan kegemarannya itu.
Gambaran suasana dan karektor berkaitan kisah Sherlock Holmes.


Setelah selesai ke Museum Sherlock Holmes, kami mencari taman bunga ros. Ma peminat ros. Aku pula peminat separuh jalan. Mula-mula bersemangat tapi kemudiannya...



Regents Park - Sebelum bertemu bunga-bunga ros, kami bertemu taman ini dulu. Subhanallah... cantik! Banyak itik-itik di tasik ini. Selama ini tengok keadaa sebegini di dalam gambar sahaja tapi hari ini dapat melihat dengan mata sendiri. Syukur sangat dengan nikmat yang Allah berikan ini. Memang tak pernah menyangka akan tiba di tempat begini.
Aliran sungai di dalam taman
Satu lagi permandangan indah di Regents Park. Di taman ini begitu ramai orang berehat dan beriadah. Terfikir pula dalam hati... 'Mat Saleh dengan Minah Saleh ni tak pergi kerja ke?'

Puas juga kami mencari arah nak ke Queen Mary Garden iaitu taman yang dikatakan dipenuhi dengan pelbagai bunga ros. Nasib baik lah sepanjang perjalanan, cuaca nyaman dan permandangan begitu indah. Semasa dalam pencarian, berjumpa pula satu famili cina. Orang Melaka rupanya mereka. Sempat berborak. Memang seronok bila dapat berjumpa orang Malaysia di sini.
 
At last! Inilah pintu masuk ke Queen Mary Garden.


Ini permandangan dari pintu masuk.


Ini antara ribuan bunga ros yang ada di sini. Ada pelbagai warna. Saiz semuanya besar-besar.


Ros lagi
Cuba perhati berapa banyak kudup bunga ros yang ada

Bunga lavender pun ada di sini juga.

Satu lagi jenis bunga yang ada di sini tapi aku tak tahu apa namanya!


Ini pulak bunga apa? Walau apa pun, sememangnya berada di taman ini amat menenangkan fikiran. Hilang segala kesedihan, hilang segala kedukaan.

Ini pula air terjun buatan yang ada  di sini. Sungguh mendamaikan.


Satu sudut yang dipenuhi bunga ros. Boleh bayangkan bagaimana bau harum ros di sini?

Destinasi seterusnya adalah ke Madame Tussauds iaitu muzium patung lilin London yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Ini salah satu tempat yang aku paling teringin nak pergi.Muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud iaitu pengukir patung lilin terkenal dari Peranchis. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seksyen artis, pemimpin negara, ahli sukan, kerabat diraja Britain dan beberapa seksyen lagi.


Ini bahagian luarnya. Bahagian luar ni pada aku tak lah nampak hebat sangat walaupun tempat ini memang amat popular

Lepas bayar tiket, kami naiklah tangga ni.

Haa.. ini 3 patung yang pertama aku ditemui. Cuba teka siapa tu.

Pasangan popular.. David and Victoria
Gaya Marilyn Monroe yang popular. Berebut-rebut orang nak bergambar disini.

Hero popular Bollywood, si Shah Rukh Khan. Kat ruang artis Bollywood ni punyalah susah nak ambil gambar sebab masa aku kat sini, punyalah penuh dengan saudara maranya yang datang dari India. Poning den!

Patung Amitabh Bachan ni memang real!

Puteri di hati rakyat. Walau bukan lagi termasuk dalam kerabat diraja namun patung ibu kepada bakal raja Britain ini masih diletakkan dalam kumpulan kerabat diraja. Namun kedudukannya agak terpinggir dari yang lain.


Si genius.. Albert Einstein.

Ini pulak patung pemimpin dunia

Kami akhiri lawatan ke Madame Tussauds ini dengan menonton tayangan 4D.Ia berkisarkan 6 hero yang berusaha menyelamatkan Kota London. Banyaklah adegan pertarungan. Tu yang terasa seperti kena sepaklah, kena kacalah, kena air ludah lah. Heehee.. Tayangan ni mengambil masa lebih kurang 10 minit je tapi memang terasa best sangat.


Inilah super heroes tu.

Suasana dalam dewan untuk menonton
Hari ini adalah satu hari yang amat berkualiti dari awal pagi hingga ke lewat petang. Tiba di rumah barulah terasa penatnya tetapi yang pasti hari ini memang menggembirakan.