Monday 19 November 2012

Cuti-cuti London- Day 6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kami berada di sini pada hujung musim bunga, baru nak masuk summer dan cuacanya memang nyaman . Selesa untuk bersiar-siar, tidak berpeluh dan tidak terasa penat walau pun badan aku tak sihat. Walau bagaimana pun tiap-tiap hari suhu semakin menurun dan semakin sejuk. Brrrr...

Dua orang anak buahku yang pandai bergaya. Seronok mendengar Saadiah (kakak) berbahasa Inggeris. Fatimah (adik) pula asyik tersengih aje

Bergambar di Canada Square
Berjalan-jalan di pagi hari

Melepak di tepi sungai sekejap.  Memanglah sungainya bersih dan tak berbau.

Singgah ke gedung membeli belah yang terkenal dengan barang yang harganya teramatlah mahal... Harrods. Aku tengok harga satu bathrobe RM20,000. Mak ooiii!!

Hiasan dalaman Harrods memang mengagumkan.

Cik Ah pemandu pelancong kami
Kami berada di UK sewaktu negara ini membuat persiapan menyambut ulang tahun sambutan Jubli Intan iaitu ulang tahun ke-60 pertabalan Ratu England, Queen Elizabeth II. Ini adalah replika baju yang Queen England pakai semasa petabalannya dahulu.

Harrods turut membuat promosi sempena perayaan Jubli Intan Ratu England



No comments:

Post a Comment