Friday 26 August 2011

Berpeluangkah aku bertemunya lagi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..

Nikmatnya Al-Quran digandingkan dengan puasa dan Ramadan

Setelah hampir sebulan guru guru dan pelajar pelajar bertadarrus, majlis khatam Al Quran telah diadakan. Ringkas namun penuh keindahan.

Alhamdulillah... khatam Al Quran

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih).

Kemudian majlis diikuti dengan ceramah Nuzul Al Quran. Ceramah yang disampaikan dalam suasana yang amat bersahaja menyebabkan masa dirasakan berlalu terlalu cepat.

Ceramah Nuzul Quran

Bulan Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Majlis diakhiri dengan majlis bersalam salaman sempena Aidilfitri. Terlalu sayu rasa di hati. Adakah aku akan berpeluang menemui Ramadhan lagi? 

Maaf zahir bathin
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir bathin.

No comments:

Post a Comment