Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Suatu ketika Nabi Daud a.s menghadiri majlis
perkahwinan sahabatnya, datang malaikat maut dan berkata kepadanya
“Wahai Nabi Daud, sahabat kamu itu hanya ada peluang enam hari lagi
untuk hidup”
Puas Nabi Daud merayu mohon dipanjangkan usianya.
Selang enam bulan Nabi Daud terkejut kerana sahabatnya masih hidup.
Lantas Nabi Daud bertanya malaikat maut kenapa sahabatnya masih hidup?.
Berkata malaikat maut “Selepas enam hari itu, aku ingin mencabut
nyawanya. Tiba-tiba Allah SWT berkata “Wahai malaikat maut, biarkan
hamba Ku terus hidup kerana dia ada bersedekah, maka umurnya Aku
panjangkan dari enam hari kepada enam tahun dan Aku tambah lagi dua
puluh tahun. Namun dia tidak akan mati selagi belum sampai ajalnya dan
sesungguhnya di akhirat nanti dia akan Ku tempatkan dalam syurga bersama
dengan Nabi Daud”.

Allahu akbar... Hebatnya sedekah!
Catatan seorang hamba yang bersyukur kerana masih berpeluang menikmati limpahan kasih sayang Penciptanya.
I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.
Thursday, 21 February 2013
Wednesday, 26 December 2012
Langkawi - Andaman Sea
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Bot kami bergerak laju menuju ke arah Laut Andaman melalui “The Hole in the Wall” iaitu kawasan laluan terkenal
kawasan batu kapur yang melalui sungai dan menuju ke laut luas. Permandangan nan indah bersama hembusan angin laut yang nyaman menambahkan rasa mensyukuri alam ciptaan Allah.
| Hole on the wall |
| Deretan bukit batu kapur |
| Titi di persisiran pantai |
| Perasaan teruja hadir apabila bot melalui bahagian bawah bukit |
Monday, 24 December 2012
Langkawi - Gua Kelawar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Pemandu bot menurunkan kami di Gua Kelawar. Pelawat dikenakan bayaran RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Kalau nak
sewa lampu picit pulak dikenakan bayaran RM1. Dengan bantuan cahaya dari lampu picit, dapatlah kami melihat beribu-ribu ekor kelawar yang tergantung di langit gua.
Perjalanan di dalam gua adalah selesa memandangkan kerajaan telah membina laluan yang teratur beserta beberapa titi batu di dalam gua. Di dalam gua dapat di lihat arca-arca indah yang terbina akibat pembentukan stalagtit dan stalagmit. Sebenarnya proses kedua-dua pembentukan itu mengambil masa yang lama iatu sehingga mencecah 100 tahun bagi membentuk satu inci stalaktit atau stalagmit.

| Menghampiri Gua Kelawar |
| Bot berhenti berhampiran Gua Kelawar. Disebelah kanan gambar adalah bot yang sedang menanti pelancong yang berada di dalam gua. |
| Tangga menuju ke Gua Kelawar |
| Pengunjung dikenakan bayaran masuk |
| Laluan yang selesa untuk pengunjung |
| Suasana dalam gua |
| Bagi yang lebih adventures bolehlah menaiki tangga ini |
| Berhati-hati melalui laluan yang agak rendah |
| Struktur yang terdapat di bahagian atas gua |
| Stalagtit dan stalagmit |
| Satu lagi ukiran semulajadi yang unik |
| Stalagtit yang terbentuk membengkok menuju ke arah cahaya |
| Ribuan ekor kelawar bergantungan dibahagian atas gua. |
| Ukiran semulajadi di dalam gua bersama penghuninya |
| Satu lagi keindahan yang terdapat di dalam Gua Kelawar |
| Ada banyak papan maklumat untuk rujukan pengunjumg |
| Permandangan di pintu gua |
| Laluan di bahagian luar |
Saturday, 22 December 2012
Langkawi - Gua Buaya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Gua Buaya. Menurut kata pemandu bot, gua ini dahulunya memang menjadi sarang buaya tapi kini tidak lagi. Kalaulah tiba-tiba muncul buaya dalam gua ini?!!
| Menghampiri Gua Buaya |
| Ada bot yang baru keluar dari laluan sebelah satu lagi |
| Kami terpaksa menunggu 5 bot keluar sebelum kami berpeluang memasuki gua ini. Hmmm... patut dijadikan laluan sehala atau pasangkan saja traffic light kat sini! He...he... |
| Pintu masuk gua |
| Hebat pemandu bot.. dapat mengemudi dalam laluan yang sempit dan rendah |
| Menghampiri jalan keluar |
| Satu bot telah keluar, kini giliran kami pula untuk meneruskan pengembaraan menyusuri Sungai Kilim |
Thursday, 20 December 2012
Langkawi - Menjamu Sang Helang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Destinasi popular seterusnya adalah untuk melihat burung Helang Merah atau Brahminy Kites yang terbang bebas di kawasan sungai. Menurut pemandu bot, helang yang berada dipersekitaran kawasan ini seolah-olah tahu bila tiba masa untuk mereka memperolehi rezeki.
Cara untuk memberitahu burung helang ini yang sudah tiba waktu makan adalah dengan mengocak air di sungai menggunakan enjin bot. Melihat burung helang terbang bebas di angkasa dan kemudian terbang menjunam laju untuk mendapatkan lemak dan perut ayam sememangnya suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan.!

| Terbang sang helang bebas |
| Terbang di angkasa nan luas |
| Terbang menebarkan sayapnya |
| Sekumpulan helang mencari-cari rezeki |
| Brahminy Kites spesis helang yang banyak terdapat di sini |
| Semakin menghampiri sungai |
| Menjunam untuk mendapatkan makanan |
| Spesis White Bellied yang mempunyai saiz dua kali ganda saiz Brahminy Kites |
Subscribe to:
Posts (Atom)