I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Tuesday, 18 December 2012

Langkawi - 'Mangrove Tour'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Menyusuri Sungai Kilim yang terletak di Langkawi adalah suatu pengalaman yang unik. Disepanjang  perjalanan kita dapat melihat pemandangan hutan  paya bakau serta bukit bakau yang terdiri dari batu kars dan batu kapur ciptaan Maha Pencipta yang amat menakjubkan. 
 


Kami memilih bot di jeti Tanjung Rhu untuk menyusuri Sungai Kilim


Pelbagai pakej disediakan. Kami memilih pakej 4 jam. Walaupun masa kelihatan panjang namun masa yang berlalu bagai tidak terasa. Pakej termasuk menyusuri paya bakau, gua kelawar, gua buaya, memerhati helang, ternakan ikan dalam sangkar dan lautan andaman


Terdapat banyak bot yang sedia menanati dan tidak memerlukan kita menunggu bagi memulakan perjalanan


Pelancong menunggu giliran menaiki bot
Salah satu pemandangan di tebing sungai



Terdapat banyak aktiviti penternakan ikan dalam sangkar


Terdapat banyak kapal layar yang berlabuh


Hutan paya bakau yang dikatakan berusia lebih 400,000 tahun yang membantu mengurangkan kesan tsunami yang melanda negara suatu ketika dahulu


Ini adalah lokasi yang suatu ketika dahulu merupakan tempat penyediaan arang. Kayu dari pokok bakau dibakar untuk dijadikan arang, namun aktiviti ini telah dihentikan atas arahan kerajaan bagi memelihara hutan paya bakau.


Kelihatan sekumpulan monyet yang sentiasa menanti agar ada pelancong yang sudi melemparkan makanan buat mereka. Seronok melihat kecekapan haiwan ini menyambut makanan yang dilemparkan.


Sebuah lagi bot menyusuri sungai

Satu lagi permandangan indah

Sesekali terasa riang terkena percikan air sungai apabila bot dipandu laju



Berselisih dengan banyak bot lain


Bot melalui kawasan bukit batu kapur


Bukit yang terbina dari batu kars berwarna agak kehitaman


My favourite spot!


Kami turut melalui jeti bot Kilim iaitu satu lagi jeti yang menyediakan perhidmatan bot menyusuri Sungai Kilim


Dalam perjalanan pulang, pemandu bot menunjukkan sebuah bukit yang kelihatan berbentuk seperti king kong!

Thursday, 13 December 2012

Langkawi - Taman Laut Pulau Payar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Taman Laut Pulau Payar yang digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pantainya bersih dan ada bahagian yang dipenuhi batuan indah.

Kami bayar RM90 seorang untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Kira ok lah kalau banding dengan harga yang kami tengok dalam brosur. Pakej ini termasuk return pick up kat hotel, boat transfer to Pulau Payar, snorkeling gear & insurance.

Bas mengambil kami jam 8 pagi di hotel. Sticker ini diberi semasa di dalam bas
Kemudian dapat pula gelang ini.
Menuju ke feri yang akan membawa ke Pulau Payar. Menaiki feri jam 10 pagi.
Ombak di lautan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Minat tengok kasut pemandu pelancong ini. Comey...
Feri berhenti pada jarak tertentu dari pulau. Kami perlu menaiki bot kecil untuk ke jeti sana. Masa berada di pulau adalah dari pukul 11 pagi ke 3 petang.
Bot kecil tak berbumbung
Ada juga bot yang berbumbung

Bot perlu menunggu giliran untuk berlabuh di jeti

Perjalanan ke pulau.

Pemandangan dari jeti

Permandangan dari pulau

Bersedia untuk snorkeling

Perlu pastikan alat snorkeling dipakai betul-betul bagi menggelakkan air masuk ke muka

Boleh mula snorkeling

Ramai yang tak sabar nak masuk dalam air. Ada juga yang berminat untuk melakukan snorkeling di laut dalam perlu menambah RM30. Mereka dibawa menaiki bot ke destinasi.
Ada juga yang tak tahan panas. He...he..
Boleh juga main pasir di pantai
Berenang bersama ikan
Banyaknya ikan... termasuk brown reef shark!

Ikan berenang hingga ke pesisiran pantai

Jinak betul ikan ni!

Langsung tak takut walaupun berada begitu hampir. Namun ada juga kanak-kanak yang cuba menakut-nakutkan ikan-ikan ini.Sakit hati tengok sikap mereka!
Snorkeling ke tempat yang lebih dalam

Tenang bila berada di dalam air sambil melihat keindahan di dasar lautan
Gazebo, meja berkelah dan kemudahan tempat rehat disediakan untuk kegunaan pengunjung. Makanan tengahari disediakan oleh pihak agensi. Ada juga makanan ringan yang dijual di sini.Toilet dan bilik persalinan pun memang ada. Cuma dekat Pulau Payar ni tak ada bekalan air bersih. Air paip untuk mandi bagi membersihkan badan pun menggunakan sepenuhnya guna air masin laut.
Subhanallah...Keindahan ciptaan Allah
Pulau Payar, Pusat Taman Laut... InsyaAllah kami akan datang lagi.

Saturday, 1 December 2012