Masih tak berkesempatan untuk update blog bagi berkongsi pengalaman bercuti. Nantilah pelahan-lahan aku bercerita ye.
Malam itu jam 10.00 malam keluarga Cik Embong, Uncle Pau, Cik Ngoh, Cik Mie, Ayah Nik dan Alang telah pun berada di KLIA. Nampaknya famili aku yang last sekali sampai. Tapi memang tak aku tak risau sebab aku pasti mereka tak akan pergi tanpa aku sebab tiket penerbangan penerbangan berada di tangan aku. He..he..
Bila dah selesai check in, bermulalah perjalanan kami
berlima – Ma (mertua), Cik Embong (adik ipar), Cik Inon (biras), Aida (anak
saudara) dan aku. Dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan. Yummy …
menyelerakan.
| Ini makanan pilihanku dalam MAS. |
Kami tiba di Heathrow
Airport, London pada lebih kurang jam 5 pagi tapi hari dah cerah.
Mula-mula sampai terus cari toilet. Masalahnya toilet kat sini tak ada paip air…Tak
selesa sungguh rasanya!
Kemudiannya kami menuju ke kaunter check-in. Masa ni
ternampaklah Dato’ Shiela Majid bersama suaminya Achis dan anak-anak mereka.
Mungkin bercuti juga agaknya.
Bila dah selesai check-in, kami ke balai ketibaan dan terus
ternampak driver teksi yang telah di booking oleh Cik Ah (adik ipar yang
tinggal di London kerana mengikut suami membuat
Phd. Driver ni peramah dan banyak menyampaikan info tentang London.
Kami selamat sampai di rumah Cik Ah dan terus bersarapan
kerana Cik Ah mahu kami memulakan perjalanan hari ini. Jadi kami mulakan
perjalanan....
| Kali pertama belajar menggunakan Oyster card. Kad ini serba guna. Boleh guna untuk naik bas, train underground dan LRD Ini tengah top up nilai kad itu di mesin. |
| Permandangan indah dalam perjalanan |
| Tower of London - dari segi sejarahnya dijadikan sebagai kubu pertahanan, istana dan penjara |
| Van ais krim yang ada di mana-mana sahaja. Tapi aku tak makan sebab rasa was-was pulak! |
| Menaiki river cruise menyusuri River Thames. Ini nak lalu bawah London Tower. |
| Ada banyak tempat perhentian namun kami memilih Greenwich sebagai destinasi kami. |
| Di luar National Maritime Museum, Greenwich |
| The famous London telephone booth |
| Setelah seharian penat berjalan, kami balik ke rumah. Ini adalah laman salah sebuah rumah di kawasan kejiranan rumah Cik Ah. |
| Laman sebuah lagi rumah yang dipenuhi dengan bunga ros pelbagai warna. Saiz bunganya sebesar tapak tangan. |










