I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Tuesday, 13 November 2012

Cuti-cuti London - Day 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.


 Masih tak berkesempatan untuk update blog bagi berkongsi pengalaman bercuti. Nantilah pelahan-lahan aku bercerita ye. 

Malam itu jam 10.00 malam keluarga Cik Embong, Uncle Pau, Cik Ngoh, Cik Mie, Ayah Nik dan Alang telah pun berada di KLIA. Nampaknya famili aku yang last sekali sampai. Tapi memang tak aku tak risau sebab aku pasti mereka tak akan pergi tanpa aku sebab tiket penerbangan penerbangan berada di tangan aku. He..he..

 Bila dah selesai check in, bermulalah perjalanan kami berlima – Ma (mertua), Cik Embong (adik ipar), Cik Inon (biras), Aida (anak saudara) dan aku. Dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan. Yummy … menyelerakan.

Ini makanan pilihanku dalam MAS.
Ma kata tidak pernah terfikir olehnya akan sampai ke Uniited Kingdom. Alhamdulillah rezeki Ma melalui anak-anaknya. Susah payah membesarkan anak-anak. 12 orang semuanya... 6 lulusan luar negara dan 6 dalam negara.

Kami tiba di Heathrow Airport, London pada lebih kurang jam 5 pagi tapi hari dah cerah. Mula-mula sampai terus cari toilet. Masalahnya toilet kat sini tak ada paip air…Tak selesa sungguh rasanya!
Kemudiannya kami menuju ke kaunter check-in. Masa ni ternampaklah Dato’ Shiela Majid bersama suaminya Achis dan anak-anak mereka. Mungkin bercuti juga agaknya.

Bila dah selesai check-in, kami ke balai ketibaan dan terus ternampak driver teksi yang telah di booking oleh Cik Ah (adik ipar yang tinggal di London kerana mengikut suami membuat Phd. Driver ni peramah dan banyak menyampaikan info tentang London.

Kami selamat sampai di rumah Cik Ah dan terus bersarapan kerana Cik Ah mahu kami memulakan perjalanan hari ini. Jadi kami mulakan perjalanan....

Kali pertama belajar menggunakan Oyster card. Kad ini serba guna. Boleh guna untuk naik bas, train underground dan LRD Ini tengah top up nilai kad itu di mesin.
Ini lah LRD yang kami tunggu. Public transport kat sini memang sangat-sangat efficient. Tak perlu tunggu lama dan selesa. Penumpang pun sangat bertimbangrasa apabila melihat ada orang tua atau ibu dengan anak yang berdiri.
Permandangan indah dalam perjalanan
Tower of London - dari segi sejarahnya dijadikan sebagai kubu pertahanan, istana dan penjara
Tower Bridge - seringkali disalah sebut sebagai London Bridge. Jelas nampak yang ianya adalah lambang kemegahan rakyat negara ini.


Inilah London Bridge yang sebenar. Rasa tak percaya sebab berlainan benar dari apa yang aku bayangkan dari kecil sampailah sekarang. Hehe..
 
HOHO bus..'hop on hop off bus'. Bas ni membawa pelancong melalui tempat-tempat pelancongan sekitar bandar London. Boleh turun di mana-mana perhentian, jalan-jalan dan kemudian menaiki bas yang lain untuk ke destinasi seterusnya.
Van ais krim yang ada di mana-mana sahaja. Tapi aku tak makan sebab rasa was-was pulak!
Menaiki river cruise menyusuri River Thames. Ini nak lalu bawah London Tower.
 Ada banyak tempat perhentian namun kami memilih Greenwich sebagai destinasi kami.
Garisan Greenwich Meridian. Di sini terletaknya garisan yang mana longitud adalah 0. Maknanya garisan itu yang menentukan waktu seluruh dunia. Terletak di puncak bukit. Berpeluh-peluh juga nak sampai ke sini!

 


Di luar National Maritime Museum, Greenwich
The famous London telephone booth
Setelah seharian penat berjalan, kami balik ke rumah. Ini adalah laman salah sebuah rumah di kawasan kejiranan rumah Cik Ah.
Laman sebuah lagi rumah yang dipenuhi dengan bunga ros pelbagai warna. Saiz bunganya sebesar tapak tangan.

Pengalaman hari pertama yang menarik. Menanti hari esok untuk pengembaraan seterusnya pilak.

Monday, 12 November 2012

Al Quran Penyembuh Kanser (3)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara amalan:
 
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Tiupkan bacaan kepada air dan minum air bacaan setiap hari. Sapu juga air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi dengan air ini.
1. SURAH AL MAIDAH (AYAT 82-91).


2. SURAH AL ARAAF (AYAT 70-81).


3. SURAH AL RAAD (AYAT 16-28).


4. SURAH AN ANBIYAA (AYAT 38-50).


5. SURAH ASY SYU'ARA (AYAT 185-227).


6. SURAH AZ Zummar (AYAT 42-52).


7. SURAH GHAFIR (AYAT 67-77).


8. SURAH AZ ZUKHRUF (AYAT 52-70).



Saturday, 10 November 2012

Al Quran Penyembuh Kanser (2)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh




 Surah al-Fil.

 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ


أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ


وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ


تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ


فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)


Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)


Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)


Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)


Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)


Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.
  


Cara amalan :
Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil
21 kali selama 21 hari. 

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.
 


Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.

 

(Sumber : Majalah Milenia edisi Februari 2010 oleh Raflis Sabirinyang berpengalaman merawat kanser selama 27 tahun)

Thursday, 8 November 2012

Al Quran Penyembuh Kanser (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh




Berikut adalah ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan sebagai usaha untuk menyembuhkan diri dari penyakit kanser
1)   Surah Al Fatihah
2)   Surah Al Baqarah (Ayat 1-5)
3)   Surah Al Baqarah (Ayat 163-165)
4)   Surah Al Baqarah (Ayat 255-257)
5)   Surah Al Baqarah (Ayat 284-286)
6)   Surah Al Imran (Ayat 1-5)
7)   Surah Al Imran (Ayat 18)
8)   Surah Al Imran (Ayat 26-27) 
9)   Surah Al A'raaf (Ayat 54-56)  
10) Surah Al A'raaf (Ayat 117-118)
11) Surah Al Yunus (Ayat 80-82)
12) Surah Al Thaahaa (Ayat 65-69)
13) Surah Al-Mukminun (Ayat 115-118)
14)  Surah Ash-Shaaffaat (Ayat 1-15)
15)  Surah Ar-Rahman (Ayat 31-34)
16)   Surah Al-Hasyr (Ayat 21-24)
17Surah Al-Mulk (Ayat 3-4)
18)  Surah Al-Qalam (Ayat 51-52)
19)   Surah Al-Jinn (Ayat 3)
20)  Surah Al-Kafirun
21)   Surah Al-Falaq
22)   Surah An-Naas

Cara amalan :
1)   Setelah selesai bacaan di atas, diikuti dengan bacaan   
      doa ...
      a)  Wahai Tuhan, Engkau Tuhan manusia. Buangkanlah 
           penyakitku. Engkau sahaja penawarku. Tiada 
           penawar melainkanMu.(7x)
      b)  Aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar, 
           Tuhan dari Arasyr yang besar untuk
           menyembuhkanku. (7x)
      c)   Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang 
           sempurna dari amarah dan siksanya, dari  
           kejahatan hamba-hambaNya, dari bisikan syaitan 
           dan kehadirannya (3x)
      d)  Dengan nama Allah Yang Maha Penawar, jadilah 
           penawar hambaMu ini dan sesungguhnya benar 
           ajaran Rasulullah  

2)   Semua ayat di atas hendaklah dibaca sebanyak 7 kali 
      pada air mandi, air minum dan minyak zaitun untuk 
      kegunaan seperti berikut:
      a) Air mandi untuk 7 hari
      b) Air minum untuk 7 hari (3 kali sehari - pagi, zuhur,   
          malam)
      c) Minyak zaitun untuk disapu pada tempat sakit 
          selama 21 hari. (Leukemia gosok pada tulang 
          belakang, kaki kanan dan kaki kiri)
3)   Ulangi bacaan ini seminggu sekali. InsyaAllah mudah-
      mudahan disembuhkan penyakit dengan izin Allah 

(Sumber : Buku Rawatlah Diri Anda Dengan Al Quran) 

Wednesday, 7 November 2012

Doaku Hari Ini


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


 
( Sumber : facebook )

Tuesday, 6 November 2012

Firaun Ramses II


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Proses pengawetan mumia dilakukan dengan penuh teliti. Topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu.

Pada tahun 1975, pemerintah Perancis telah membuat tawaran kepada kerajaan Mesir bagi membuat kajian ke atas mumia Firaun Ramses II yang terkenal. Pasukan pakar dan saintis yang di ketuai oleh pakar bedah dan autopsi terkenal Perancis iaitu Profesor Dr Maurice Bucaille. Beliau adalah juga doktor peribadi bagi keluarga di raja dan pemimpin negara Arab Saudi.

Dr Maurice secara peribadi amat berminat untuk mengetahui punca kematian Firaun yang terkenal itu. Satu perkara lagi yang menabjubkan beliau ialah bagaimana mayat Firaun ini masih tersimpan elok malah lebih baik daripada mumia firaun yang lain. Semasa membuat kajian, beliau telah menemui saki bakit garam pada tubuh mumia tersebut.Oleh itu, Dr Maurice pun mengeluarkan laporan berdasarkan pandangan beliau mengenai penemuan yang hebat ini dengan menyatakan bahawa mayat Firaun telah meninggal akibat lemas di laut dan telah mengalami proses membalsem (pengawetan) sebaik sahaja lemas di dalam laut tersebut.


Profesor Dr Maurice Bucaille @ Yahya Maurice Bucaille

Beliau merasa amat bangga dan gembira atas penemuannya itu dan telah membuat laporan penemuannya itu dengan tajuk Les Momies Des Pharaons Et La Midecine Yang membawa erti Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden. Beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan penghargaan tertinggi kerajaan atas penemuannya itu.

Namun kegembiraannya tidak kekal lama apabila beliau dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa yang sebenarnya hasil kajiannya itu telah lama ditemui oleh orang Islam. Tentu sekali beliau menolaknya kerana beliau pasti penemuan itu hanya akan berhasil dengan penggunaan teknologi yang canggih. Namun pendapatnya sekali lagi disangkal apabila dimaklumkan oleh seorang rakan lain yang kisah kematian Firaun telah tercatat lama dahulu di dalam kitab suci orang Islam iaitu Al Quran. Dr Maurice merasa amat hairan bagaimana mumia yang ditemui tidak sampai 100 tahun yang lalu telah diketahui kisahnya oleh orang Islam melalui Al Quran yang wujud lebih 1000 tahun sebelum mimia tersebut ditemui.

Beliau kemudiannya berkesempatan menghadiri sebuah seminar yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan Islam Arab Saudi. Di sini lah beliau telah diperdengarkan dengan ayat Al Quran surah Yunos ayat 92 yang bermaksud " Pada hari ini Kami selamatkan badanmu (keluarkan dari laut setelah mati lemas) supaya kamu dapat dijadikan pengajaran bagi orang sesudahmu. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami".

Maha Suci Allah... hidayah mengetuk hatinya dan membenarkan ayat yang diyakininya adalah merupakan kalimat Allah yang Maha Agong. Sumber menyatakan yang beliau akhirnya telah memeluk agama suci Islam dengan nama barunya Dr Yahya Maurice Bucaille.


Firaun Ramses II iaitu firaun yang mengejar Nabi Musa a.s.