![]() |
| ( Sumber : facebook ) |
Catatan seorang hamba yang bersyukur kerana masih berpeluang menikmati limpahan kasih sayang Penciptanya.
I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.
Sunday, 17 June 2012
Thursday, 17 May 2012
Sunday, 13 May 2012
Tuesday, 17 April 2012
Saturday, 14 April 2012
Saturday, 7 April 2012
Saturday, 31 March 2012
Pasukan Kesihatan Kanser
Bila menjalalani rawatan kanser, kita akan mendapat khidmat profesional. Siapakah mereka?
Pakar radiograf
Pakar yang dilatih bagi meletakkan pesakit pada kedudukan yang betul untuk X-ray, memuatkan filem dan mengambil imej, mencuci filem dan memeriksa imej X-ray. Pakar teknologi mamogram pula mendapat latihan khas dalam mamografi.
Pakar radiologi
Pakar yang akan memeriksa imej X-ray dan mendiagnos sebarang kelainan pada imej.
Pakar onkologi
Pakar onkologi radiasi mahir menggunaka radiasi dan sinaran. Pakar onkologi perubatan mahir dalam penggunaan ubat (kemoterapi) untuk merawat kanser. Pakar onkologi klinikal menggunakan kedua-dua sinarandan ubat untuk kanser.
Pakar bedah
Pakar dalam melalkukan pembedahan bagi mengeluarkan ketulan.
Pakar patologi
Pakar yang mengenal pasti penyakit dengan memeriksa tisu dan cecair tubuh. Pakar patologi akan memeriksa sampel yang di keluarkan melalui pembedahan bagi memastikan samada ianya adalah kanser atau tidak.
Jururawat onkologi
Jururawat yang berkelayakan untuk merawat pesakit kanser. Mereka menyediakan ubatan dan memberikan suntikan.
Pekerja sosial
Membantu memberi kaunseling, sokongan moral, maklumat terutamanya bagi masalah yang tidak berkaitan dengan perubatan.
Apabila berjumpa mereka, eloklah membawa seseorang yang rapat bersama. Ini adalah bertujuan untuk
1. Memberi sokongan moral
2. Mendengar bersama apa yang di perkatakan
3. Membantu mengingatkan semula apa yang perlu
dibincangkan
Penting
Anda digalakkan membawa sebuah buku catatan bagi mencatit apa-apa sahaja yang dibincangkan. Buku ini juga boleh digunakan untuk menulis mengenai rawatan dan perkembangan kesihatan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)





