I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.

Monday, 21 November 2011

Istana Budaya - Badai Semalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Pertama kali menonton teater yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Khadijah Hashim berjudul Badai Semalam di Panggung Sari, Istana Budaya. Pengalaman yang menarik, di tambah pula dibintangi pelakon-pelakon yang hebat... Erra Fazira, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Ziela Jalil, Umie Aida, Jasmin Hamid dan Emelda Rosmila. 

Mengisahkan Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Anak mereka, Karim yang suka berfoya-foya mula berubah laku selepas di timpa kemalangan. Layanan mesra Mazni membuatkan Karim ingin memperisterikannya. Namun setelah berkahwin, Karim kembali dengan perangai lamanya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan terlalu sibuk dengan buku-buku pelajaran bagi memenuhi hasrat arwah ibunya. Dimasa yang sama, seorang doktor bernama Zaki tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni.


Dibintangi pelakon-pelakon yang hebat

Mendapat tepukan paling gemuruh

Suka lakonannya!

Menarik!

Saturday, 19 November 2011

Yang aneh dan yang bijak

Hujan rahmat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Sudah menjadi kebiasaan Imam Hanbali berjumpa orang antara waktu asar dan maghrib. Sementara menunggu waktu maghrib, orang ramai mendengar beliau membacakan hadith Nabi Muhammad SAW. Sedang mereka tekun mendengar, tiba-tiba muncul Abu Nawas, seorang lelaki yang dikatakan paling pintar di Kota Baghdad.

"Aku ada tiga peangai aneh. Pertama aku suka bersaksi dengan perkara yang tidak pernah aku lihat."

Imam Hambali menjawab " Maksud kamu, kamu suka mengucap dua kalimah syahadah iaitu naik saksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah sedangkan  kamu tidak pernah melihatNya?"

"Apakah perangai aneh kamu yang kedua wahai Abu Nawas?" tanya Imam Hambali lagi.

" Aku paling suka makan bangkai." kata Abu Nawas.
" Maksud kamu, kamu suka makan ikan kerana ikan itu tidak pernah disembelih. Bukankah itu yang kamu maksudkan dengan memakai bangkai?" tanya Imam Hambali.

Lalu Abu Nawas menyatakan perangai anehnya yang ketiga. " Aku suka lari dari rahmat Allah. Apakah maknanya wahai Imam Hambali?"

"Hujan itu adalah rahmat Allah. Apabila hujan turun, kamu melarikan diri ke tempat teduh." jawab Imam Hambali.
 
Begitu bijaknya Imam Hanbali menjawab pertanyaan berkenaan perangai aneh Abu Nawas.

Thursday, 10 November 2011

Enam tahun tempohnya



 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Pada suatu hari, seorang sahabat baik  mengajak Imam Hanafi makan di rumahnya. Beliau dijamu gulai ikan tetapi Imam Hanafi langsung tidak menyentuhnya. Apabila ditanya mengapa tidak memakan ikan itu sedangkan ia adalah halal dan berkhasiat. Imam Hanafi menerangkan bahawa dia menahan diri daripada makan ikan selama enam tahun dan tempoh itu masih belum cukup.


Menurut Imam Hanafi, beberapa tahun sebelum itu ramai orang telah kehilangan kambing peliharaan mereka. Pada suatu hari ketika melalui satu kawasan beliau telah terlihat beberapa orang sedang bergelak ketawa sambil menikmati daging kambing panggang. Sisa-sisa makanan itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai.

Imam Hanafi segera bertanya kepada seorang nelayan  berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telur. Maka nelayan memberitahu tempohnya adalah enam tahun. Lalu imam Hanafi menahan diri daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa makanan kambing yang dicuri itu.


Jagalah makanan kita agar tidak termakan makanan yang haram kerana makanan lah yang akan menjadi darah daging kita.

Tuesday, 25 October 2011

Cuti-cuti Singapura - Universal Studio

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Seronok ke sini. Rasa macam kembali ke zaman budak-budak bila tengok pelbagai karektor kartun ada kat sini. Dapat hilangkan stress jap. Juga dapat lupakan masalah seketika. Kadang-kadang terasa 'over' dari anak-anak pulak!

Macam nak naik flying saucer lak!


Kawasan di sekitar pintu masuk


Masuk saja, lori pop corn ini mencuri perhatian!


Istana Shrek dan Princess Fiona

Puss in the boots
Persembahan 60an yang menceriakan
Tak sangka tergamak anak-anakku menaikinya!
Underworld performance... the best!
Entrance of the Jurassic World
Terasa berada dizaman silam
Pokok berbuahkan gula-gula

 

Monday, 24 October 2011

Srikandi bertemu lagi

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Kali ni kat rumah Robi di Putrajaya. Siapa yang ada ye? Robi si tuan rumah, Feed driverku, Raha yang dah lama tak jumpa, Aida dari Johor kerana menghadiri konvo anaknya di Marriott Hotel, Nizah bercuti dari Segamat, Imah isteri si French man, Sham yang riang macam selalu dan Yatt yang sampai ngam-ngam masa aku nak balik. 

Hubungan kami memang erat. Maklumlah tinggal di asrama selama 5 tahun jauh dari emak ayah. Jadi kawan-kawan lah tempat berkongsi suka dan di duka. Bila bertemu memang tak pernah habis cerita lama. Kalau lah boleh ku ulang semula zaman persekolahan...

Bercerita tak sudah-sudah

Tetap mesra bersama

Sunday, 23 October 2011

Sis? Auntie?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Walau dah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan namun semangat srikandi tetap ada. Bila tahu STF turut serta dalam 1st puteri NS 7's International Hockey, cepat cepat berita disebarkan pada srikandi yang lain. Walau tak ramai yang dapat datang, semangat dikirim kepada kami. TF Striders tak berjaya tapi bertemu srikandi yang lain sangat menyeronokkan. Super senior sempat berpesan pada super juniors ' Panggil sis ye, not aunty!'.

Super seniors dengan super juniors

Cepat! Cepat!


Monday, 17 October 2011

Terima kasih Segamat!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Bertemu kawan-kawan ahli Persatuan Kanser Payudara Segamat.  Bertolak jam 8 pagi dari Seremban tapi bila tiba di Ayer Keroh bas rosak pulak. Suspen jugak dibuatnya!

PKPS memang aktif. Pelbagai aktiviti mereka jalankan demi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara. Bukan senang nak mendapat sokongan. Ramai yang enggan bersama sebab merasakan apa yang dibuat tidak memberi keuntungan kepada diri mereka.

Kami baru sampai
Mendengar taklimat di meja makan

Sampai saja di Segamat, terus diberi makan. Tak sampai setengah jam kemudian, diberi makan lagi sambil mendengar presiden PKPS memberi taklimat mengenai aktiviti mereka. Kemudian ada sessi suai kenal... memang meriah! 

Antara aktiviti yang dijalankan
Semoga berjumpa lagi!
Sebelum balik ke Seremban, memang tak sah kalu tak singgah ke Jackel Segamat!