Catatan seorang hamba yang bersyukur kerana masih berpeluang menikmati limpahan kasih sayang Penciptanya.
I wish I could say that I feel like it is all behind me, but that isn't really true. It is still in my thoughts every single day... But I know You are there. I know You see my tears. I know You hear my prayers. I know You will always be at my side. And all I ask from You is to strengthen my faith for me to handle the struggles in life with the help of Your love.
Thursday, 10 November 2011
Enam tahun tempohnya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Pada suatu hari, seorang sahabat baik mengajak Imam Hanafi makan di rumahnya. Beliau dijamu gulai ikan tetapi Imam Hanafi langsung tidak menyentuhnya. Apabila ditanya mengapa tidak memakan ikan itu sedangkan ia adalah halal dan berkhasiat. Imam Hanafi menerangkan bahawa dia menahan diri daripada makan ikan selama enam tahun dan tempoh itu masih belum cukup.
Menurut Imam Hanafi, beberapa tahun sebelum itu ramai orang telah kehilangan kambing peliharaan mereka. Pada suatu hari ketika melalui satu kawasan beliau telah terlihat beberapa orang sedang bergelak ketawa sambil menikmati daging kambing panggang. Sisa-sisa makanan itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai.
Imam Hanafi segera bertanya kepada seorang nelayan berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telur. Maka nelayan memberitahu tempohnya adalah enam tahun. Lalu imam Hanafi menahan diri daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa makanan kambing yang dicuri itu.
Jagalah makanan kita agar tidak termakan makanan yang haram kerana makanan lah yang akan menjadi darah daging kita.
Tuesday, 25 October 2011
Cuti-cuti Singapura - Universal Studio
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Seronok ke sini. Rasa macam kembali ke zaman budak-budak bila tengok pelbagai karektor kartun ada kat sini. Dapat hilangkan stress jap. Juga dapat lupakan masalah seketika. Kadang-kadang terasa 'over' dari anak-anak pulak!

| Macam nak naik flying saucer lak! |
![]() |
| Kawasan di sekitar pintu masuk |
![]() |
| Masuk saja, lori pop corn ini mencuri perhatian! |
| Istana Shrek dan Princess Fiona |
| Puss in the boots |
| Persembahan 60an yang menceriakan |
| Tak sangka tergamak anak-anakku menaikinya! |
![]() |
| Underworld performance... the best! |
| Entrance of the Jurassic World |
| Terasa berada dizaman silam |
| Pokok berbuahkan gula-gula |
Monday, 24 October 2011
Srikandi bertemu lagi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Kali ni kat rumah Robi di Putrajaya. Siapa yang ada ye? Robi si tuan rumah, Feed driverku, Raha yang dah lama tak jumpa, Aida dari Johor kerana menghadiri konvo anaknya di Marriott Hotel, Nizah bercuti dari Segamat, Imah isteri si French man, Sham yang riang macam selalu dan Yatt yang sampai ngam-ngam masa aku nak balik.
Hubungan kami memang erat. Maklumlah tinggal di asrama selama 5 tahun jauh dari emak ayah. Jadi kawan-kawan lah tempat berkongsi suka dan di duka. Bila bertemu memang tak pernah habis cerita lama. Kalau lah boleh ku ulang semula zaman persekolahan...

| Bercerita tak sudah-sudah |
| Tetap mesra bersama |
Sunday, 23 October 2011
Sis? Auntie?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Walau dah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan namun semangat srikandi tetap ada. Bila tahu STF turut serta dalam 1st puteri NS 7's International Hockey, cepat cepat berita disebarkan pada srikandi yang lain. Walau tak ramai yang dapat datang, semangat dikirim kepada kami. TF Striders tak berjaya tapi bertemu srikandi yang lain sangat menyeronokkan. Super senior sempat berpesan pada super juniors ' Panggil sis ye, not aunty!'.

| Super seniors dengan super juniors |
| Cepat! Cepat! |
Monday, 17 October 2011
Terima kasih Segamat!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Bertemu kawan-kawan ahli Persatuan Kanser Payudara Segamat. Bertolak jam 8 pagi dari Seremban tapi bila tiba di Ayer Keroh bas rosak pulak. Suspen jugak dibuatnya!
PKPS memang aktif. Pelbagai aktiviti mereka jalankan demi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara. Bukan senang nak mendapat sokongan. Ramai yang enggan bersama sebab merasakan apa yang dibuat tidak memberi keuntungan kepada diri mereka.
Sampai saja di Segamat, terus diberi makan. Tak sampai setengah jam kemudian, diberi makan lagi sambil mendengar presiden PKPS memberi taklimat mengenai aktiviti mereka. Kemudian ada sessi suai kenal... memang meriah!
Sebelum balik ke Seremban, memang tak sah kalu tak singgah ke Jackel Segamat!
Bertemu kawan-kawan ahli Persatuan Kanser Payudara Segamat. Bertolak jam 8 pagi dari Seremban tapi bila tiba di Ayer Keroh bas rosak pulak. Suspen jugak dibuatnya!
PKPS memang aktif. Pelbagai aktiviti mereka jalankan demi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara. Bukan senang nak mendapat sokongan. Ramai yang enggan bersama sebab merasakan apa yang dibuat tidak memberi keuntungan kepada diri mereka.
| Kami baru sampai |
| Mendengar taklimat di meja makan |
Sampai saja di Segamat, terus diberi makan. Tak sampai setengah jam kemudian, diberi makan lagi sambil mendengar presiden PKPS memberi taklimat mengenai aktiviti mereka. Kemudian ada sessi suai kenal... memang meriah!
| Antara aktiviti yang dijalankan |
| Semoga berjumpa lagi! |
Monday, 10 October 2011
Mari bersama kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Oktober setiap tahun adalah Bulan Kanser Sedunia. BCSSNS mengadakan pertemuan bersama ahli bagi mengeratkan hubungan dan memberi kesedaran mengenai kepentingan mengesan kanser pada peringkat awal. Bersama rakan-rakan senasib memberi motivasi bagi mereka untuk terus berjuang menentangnya. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukannya.

| Ucapan presiden |
| Antara yang hadir |
| They are all survivors |
Saturday, 8 October 2011
Rindu yang tiada akhirnya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik
Innalhamda wanni’mata lakawalmulk
La sharikalak
HambaMu datang menyambut panggilanMu
Ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanmMu
Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagi Mu
| Taklimat terakhir di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berangkat |
| Menitis air mata menjejak kaki di Masjid Nabawi |
| Pintu Babussalam menuju ke makam Junjungan Mulia "Assalamualaikum Ya Rasulullah" |
| Berada di ladang kurma |
| Kebab Madinah memang enak |
| Berangkat ke Mekah Mukarramah |
| Berniat ihram di Bir Ali |
| Hotel Janadriyah menempatkan ibu pejabat Tabung Haji di Mekah |
| Rezeki dari Allah di Tanah Suci |
| Dataran Masjidil Haram |
| Bangunan tempat kelahiran Rasulullah |
| Suasana di Arafah pada hari Wukuf menyaksikan manusia paling banyak menitiskan air mata kerana di situ, perasaan untuk mengadu kepada ALLAH amat kuat |
| Semasa mabit di Muzdalifah kami bermalam di hotel 'tak terbilang bintang ' |
| Deretan khemah di Mina dan perjalanan jemaah menuju ke jamrah untuk melontar |
| Allahuakbar...Tetamu ALLAH di waktu kemuncak haji |
| Saei mengingatkan pengorban Siti Hajar untuk Nabi Ismail |
| Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi tenang, sayu, rendah diri dan kerdil pada kebesaran ALLAH |
| Makam Ibrahim dan Multazam antara tempat mustajab berdoa |
| Persiapan untuk kembali ke tanah air |
Musim haji tiba lagi...
2 November 2009 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinanku. Alangkah bahagianya mendapat hadiah teristimewa. Hadiah dari Penciptaku. Di hari itu aku memulakan perjalanan untuk menjadi tetamuNYA. DIA menghiburkan aku di kala aku berduka.
Walau telah 2 tahun berlalu, kenangan selama 56 hari di Tanah Suci takkan hilang dari ingatan. Ku kongsikan kenangannya di sini bagi mengubat rasa rindu di hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)